Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, August 23, 2012

Aku Stress Giler


Amazing : Melihat Keadaan Semasa Bumi Pada Skrin OLED (5 Gambar)

Posted: 23 Aug 2012 06:40 AM PDT


Jika anda melawat Tokyo, Jepun, pastikan anda singgah di The National Museum of Emerging Science and Innovation untuk melihat replika bumi yg dibina dari OLED screen untuk menunjukkan keadaan bumi in real time. Replika bumi itu mula diperkenalkan pertengahan tahun 2011 yg berukuran 5.8 meter diameter. 

Replika bumi itu dipanggil Geo-Cosmos dan data yg dipaparkan pada screen itu diambil daripada saintis dan institut kajian di seluruh dunia. Selain itu keadaan awan, laut dan suhu bumi juga dipaparkan dimana gambar² itu adalah daripada gambar yg diambil satelite setiap minit. 

Geo-Cosmos dibina oleh Mitsubishi Electric dan dipenuhi dengan 10,362 organic LED panels. Geo-Cosmos dibina sempena sambutan 10 tahun muzium itu. Saksikan video dibawah sekali untuk melihat aksi Geo-Cosmos.


p/s : Teknologi Jepun memang sangat advance.. respect..

Sumber : Here

WTF : Skrol Purba Mengenai Perlawanan Kentut Di Jepun (10 Gambar)

Posted: 23 Aug 2012 06:35 AM PDT

Jepun memang terkenal dengan benda pelik-pelik. Tapi bukan Jepun moden je yang buat kerja gila.. Jepun zaman dulu pun 2x5 je. Skroll purba ini bertajuk He-Gassen yg bermaksud "The Fart Battle". Layan~


Sumber : Here

Serius : [Video] Cara Hasilkan Gambar Sebelum & Selepas

Posted: 23 Aug 2012 06:29 AM PDT


Mungkin korang dah tau yang kebanyakan gambar dekat ubat kurus tu semua tipu. Diorang edit je gambar supaya nampak perbezaan sebelum dan selepas. Jom layan video kat bawah nih..


p/s : Banyakkan exercise dan jaga makan..tu je cara nak kurus.. n jgn lupa berdoa.. :) 

Sumber : Here

Genius : Kini Tiada Lagi Masalah Untuk Memasukkan USB (6 Gambar)

Posted: 23 Aug 2012 01:06 AM PDT

Anda mahu plug thumbdrive pada laptop anda dalam gelap. Anda terpaksa mencuba berulang kali kerana tersalah cucuk. Pernahkah situasi seperti ini berlaku kepada anda? Lim Jae Min mempunyai masalah yg sama. Oleh itu beliau telah mencipta satu idea yg simple untuk mengelakkan situasi seperti diatas. Idea beliau yg dinamakan Eidetic USB ini telah memenangi Red Dot Design Concept Award 2011.


p/s : Memang genius... 

Sumber : Here

Cool : Sofa Yang Boleh Di "Customize" Mengikut Kesukaan Anda (7 Gambar)

Posted: 23 Aug 2012 12:56 AM PDT

Direka oleh Zuiver dari Holland, anda boleh customize sofa ini mengikut citarasa anda nak duduk mcm mana. Cool beb.. 


Sumber : Here

Amazing : Fenomena Awan Berlubang Yang Menakjubkan (7 Gambar)

Posted: 23 Aug 2012 12:50 AM PDT

Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles. Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus.


p/s : Subhanallah... 

Sumber : Here

Cool : "Devon Works Tread 1", Jam Tangan Mekanikal Yang Unik (3 Gambar)

Posted: 23 Aug 2012 12:46 AM PDT


Jam tangan Devon Works Tread 1 merupakan jam tangan yg sungguh pelik. Ia menggunakan belting untuk menunjukkan waktunya. Jam ini menggunakan Lithium Polymer rechargeable battery dimana ia di charge secara wireless. Jam ini juga direka bukan oleh pembuat jam tetapi sebuah syarikat aerospace. Saksikan video dibawah untuk melihat bagaimana ia berfungsi.





p/s : Harga sebijik jam ni ialah $15,000.. ko mampu? 

Sumber : Here

OMG : [Video] Nyanyi Lagu K-Pop Versi Raya Sambil Bukak Baju

Posted: 23 Aug 2012 12:00 AM PDT


Aku terpaksa post benda ni untuk tatapan korang semua. Jom tengok video seorang budak perempuan ni cover lagu k-pop Fantastic Baby oleh Big Bang. Tapi dia tuka lirik jadi lagu raya. Korang tengok je la..malas nak taip banyak..


p/s : Cer komen ckit... 

Sumber : Here

Serius : Gambar Bogel Putera Harry Cetus Kontroversi (3 Gambar)

Posted: 22 Aug 2012 11:49 PM PDT


Bukan Putera Harry namanya jika tidak jauh dari kontroversi. Bukan sekali dua putera yang merupakan salah satu pewaris takhta kerajaan diraja British itu, melakukan hal yang dapat mencoreng arang keluarga kerabat diraja itu.

Dua buah foto yang menampilkan dirinya sedang telanjang bulat bersama seorang wanita beredar di laman web berita selebriti TMZ, selasa (21/8/2012) lalu. Seperti dikeluarkan dalam laman web tersebut, gambar itu diambil ketika Harry bersama rakannya terlibat dalam permainan billiard di bilik VIP Suite di sebuah hotel mewah di Las Vegas, AS.

Dikatakan adik kepada Putera William ini kalah taruhan, sehingga terpaksa melepaskan seluruh pakaian ditubuhnya. Dalam foto pertama, Puteran Harry dilihat berdiri dengan posisi tangan menutup kawasan sulitnya. Turut kelihatan kelibat seorang wanita, dalam keadaan telanjang, berdiri di belakangnya.

Pada foto kedua, terlihat Harry, membelakangi kamera, seperti sedang memeluk seorang wanita yang kali ini dalam keadaan telanjang bulat dari belakang. Keluarga Diraja British sehingga kini enggan memberi sebarang komen tentang gambar-gambar tersebut, namun wakil dari istana mengesahkan gambar itu adalah gambar asli Harry.

Sebelum ini Putera bernama lengkap Henry Charles Albert David itu tertangkap basah oleh fotografer sedang menghabiskan waktu di kolam renang bersama segerombolan gadis-gadis cantik berbikini. Ini bukan yang pertama buat Putera berusia 28 tahun itu mencetuskan kontroversi.

Pada 2005 lalu, Putera Harry pernah terlihat mengenakan kemeja bersimbolkan lambang Nazi dalam sebuah pesta. The Sun, akhbar pertama yang pertama kali menampilkan foto tersebut sebagai headline, memberikan judul "Harry The Nazi".



p/s : Lantak ko la Harry... 

Sumber : here

Fakta : 6 Produk Amerika Yang Bukan Berasal Dari Amerika (6 Gambar)

Posted: 22 Aug 2012 11:23 PM PDT

Jom kita tengok produk-produk di Amerika yang korang rasa berasal dari Amerika tapi sebenarnya bukan berasal dari Amerika.. Layan~

1. Bendera Amerika.

Menurut laporan daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga 2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun 2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7 juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.

2. Bola Lisut 

Lebih 80% pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat menggunakan tangan dan bukan mesin.

3. Hot Dogs.

Hot dogs sebenarnya berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13 lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama yang digunakan iaitu 'hot dogs'. 

4. Kereta Amerika.

Ramai yang menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya dibuat dari luar Amerika Syarikat.

5. Anak Patung.

Anda sangka anak patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama "American Girl" dibuat 100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.

6. The Statue of Liberty.

Mungkin kebanyakkan anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa setiap komponen dan bahan binaan patung ini dibina di Perancis dan dibawa ke Amerika Syarikat melalui kapal laut. 
 
Sumber : here

Serius : Sungai Susu Wujud Di China? (6 Gambar)

Posted: 22 Aug 2012 11:19 PM PDT


Untuk pengetahuan anda, air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.

Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.






p/s : Kalau takde duit nak beli susu anak, boleh la ambik je air sungai nie.. hehe

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment