Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, August 30, 2012

Aku Stress Giler


Info : Mengenali Penyanyi Lagu Gangnam Style, PSY (5 Gambar)

Posted: 30 Aug 2012 03:13 AM PDT


Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar.

Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak 'bernyawa' lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.

Bagaikan 'virus' muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 70 juta.


Mendengar liriknya, tidak semua akan bersetuju dengan kehebatan lagu berkenaan kerana hampir semuanya menggunakan bahasa Korea. Tetapi, apabila menghayati melodinya, siapa saja pasti bersetuju lagu berkenaan ada 'kuasa' tersendiri dan membuatkan sesiapa boleh bergoyang.

Cuba senaraikan artis K-Pop yang pernah menerima pujian serta reaksi hebat daripada bintang ternama termasuklah Katy Perry, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban dan Nelly Furtado? Bukan mudah untuk mereka ekspresikan kekaguman mereka, tetapi itulah yang diterima Psy, mereka menyukai lagu berkenaan.

Disingkatkan daripada perkataan Psycho, Psy atau nama penuhnya, Jae-Sang Park, 34, ternyata masih tidak percaya yang itu semua berlaku kepadanya sekarang.


"Selama 12 tahun saya berkecimpung dalam arena muzik Korea dan membuat pelbagai tarian 'bodoh', namun peminat tidak sekalipun berpaling kepada saya kerana secara visual, saya memang kalah dengan selebriti kacak lain yang ada.

"Saya cuma dikenali di sana kerana saya tidak terlalu mencuba, tidak dipromosikan malah tidak pernah terfikir pun hendak tembus ke luar negara. Semua yang berlaku sekarang pun hanya gara-gara YouTube mahupun twitter dan inilah dia pembuka periuk nasi sebenar saya.

"Tatkala perasan beberapa 'superstar tweet' mengenai saya, saya hanya anggap itu jenaka dan tidak pernah berlaku pun. Memang tidak pernah terbayang pun bukan kerana mereka nama besar di dunia, tetapi inilah impian semua orang untuk memijak pasaran terbesar muzik di dunia dengan menempa nama di Amerika Syarikat (AS).

"Sebaik menyedari ini memang realiti yang sedang berlaku, inilah perasaan paling indah dalam hidup ini," katanya.

Mereka sepenuhnya koreografi dalam klip berkenaan, tidak hairanlah jika ia mampu memukau perhatian penonton kerana elemennya cukup lengkap dengan lawak, tarian pelik, warna-warni selain nyanyian serta 'rapping' yang ditonjolkan. Paling mencuit hati apabila gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan.


Sehingga ke saat ini, lagu yang dimuatkan dalam album keenamnya berjudul PSY 6 itu sudah menduduki tangga pertama carta muzik video iTunes. Sudah mengadakan pertemuan dengan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun minggu lalu, Psy bagaimanapun mengunci mulutnya daripada mendedahkan isi kandungan pertemuan itu.

Meraih kejayaan tepat pada masanya di kala muzik K-Pop semakin mendapat tempat
di AS, jejaka itu yang ternyata tidak bernasib baik kerana gagal meraih ramai peminat di Korea mengakui tidak kisah dengan perkara itu.

"Sudah menjadi ketetapan untuk mereka yang berbadan kurus, berotot, kacak, comel, tinggi dan semua ciri lain yang tidak ada pada saya diagungkan di Korea. Saya pula jenis yang suka menganggap membuat perkara tidak betul adalah semuanya betul saja untuk saya.

"Itulah dia yang saya lalui dan perjuangkan selama ini dan dari segi visual, muzikal serta apa-apalah, memang tidak bersesuaian di sana. Pendek kata, saya tidak mencapai tahap yang mereka mahukan.

"Memanglah perkara itu menunjukkan keunikan diri saya tetapi pada masa sama, ia boleh jadi negatif juga. Sejak kecil lagi, saya suka berada di depan orang ramai walaupun saya bukan bagus pun menyanyi. Jadi, apabila saya mula kenal penyanyi rap, saya terfikir, nyanyian sebegitu pun boleh jadi muzik?" katanya.

Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre.



Sumber : Here

OMG : Kemaluan Budak Lelaki Putus Ketika Dikhatankan (Gambar)

Posted: 30 Aug 2012 03:05 AM PDT


Alat kelamin seorang remaja terputus ketika  dikhatankan dalam majlis khatan beramai-ramai di Padang, Sumatra Barat. Akibatnya remaja bernama Irfan itu perlu dirawat di Rumah Sakit Umum Muhammad Djamil, Padang. Keadaan remaja berusia 10 tahun itu terus memburuk semenjak peristiwa itu. Demikian hasil pantauan pasukan SCTV.

Ibu bapa Irfan, Yoskani dan Herlina gusar memikirkan masa depan anak sulungnya kerana kemaluannya hanya tinggal paras pangkal. Kini untuk membuang air, lubang zakar Irfan harus ditanam tiub.

Kedua-dua mereka mengakui tidak dapat menerima kenyataan ini. Mereka kemudiannya melaporkan kes ini kepada pihak  polis. Irfan disunatkan oleh bakal doktor dari fakulti kedoktoran sebuah universiti negeri di Padang.


p/s : Ngeri siot.. 

Sumber : Here

Cool : Koleksi Kasut Reebok Bertemakan Komik Marvel (10 Gambar)

Posted: 30 Aug 2012 02:55 AM PDT

Anthony Petrie, seorang illustrator baru-baru ini telah menyiapkan siri kasut Reebok berinspirasikan watak di dalam komik Marvel. Jom kita tengok gambar-gambar kat bawah ni.. 













Sumber : Here

Rare : Iklan Kereta Pertama Di Dunia Tahun 1898 (6 Gambar)

Posted: 29 Aug 2012 11:48 PM PDT


Pada tahun 1898, syarikat Winton Motor Carriage telah mengeluarkan iklan kereta pertama keluaran syarikat mereka yang berenjin serta bebas kuda di dalam Scientific American. Ia merupakan iklan yang pertama kali sepertinya disiarkan kepada umum. Robert Allison yang berasal daripada Port Carbon, Pennsylvania menjadi orang pertama yang membeli kereta keluaran Winton selepas melihat iklan kereta yang pertama di dunia itu.






Sumber : Here

Info : Berita "Samsung Pays Apple $1 Billion Sending 30 Trucks Full of 5 Cents Coins" Adalah Palsu (Gambar)

Posted: 29 Aug 2012 11:41 PM PDT


Ok berita ni asalnya daripada sebuah website bernama paperblog. Berikut adalah petikan berita tersebut.

"This morning more than 30 trucks filled with 5-cent coins arrived at Apple's headquarters in California. Initially, the security company that protects the facility said the trucks were in the wrong place, but minutes later, Tim Cook (Apple CEO) received a call from Samsung CEO explaining that they will pay $1 billion dollars for the fine recently ruled against the South Korean company in this way.

The funny part is that the signed document does not specify a single payment method, so Samsung is entitled to send the creators of the iPhone their billion dollars in the way they deem best.

This dirty but genius geek troll play is a new headache to Apple executives as they will need to put in long hours counting all that money, to check if it is all there and to try to deposit it crossing fingers to hope a bank will accept all the coins.

Lee Kun-hee, Chairman of Samsung Electronics, told the media that his company is not going to be intimidated by a group of "geeks with style" and that if they want to play dirty, they also know how to do it.

You can use your coins to buy refreshments at the little machine for life or melt the coins to make computers, that's not my problem, I already paid them and fulfilled the law.

A total of 20 billion coins, delivery hope to finish this week.

Let's see how Apple will respond to this.

You didn't think this could be real right? but hey! you loved it :D"


p/s : Korang baca tak ayat yg last sekali tu????


Sumber : Here

Info : "Homo Rudolfensis", Bangsa Manusia Baru Ditemui (9 Gambar)

Posted: 29 Aug 2012 11:38 PM PDT


Baru-baru ini, terdapat sejenis fosil manusia telah ditemui di utara Kenya yang mendedahkan bahawa terdapat satu bangsa manusia baru telah dijumpai. Para saintis menyatakan, kurang daripada 2 juta tahun yang lalu, telah wujud satu spesies manusia baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.

Hasil kajian penemuan terbabit telah membuktikan bahawa pada masa yang sama terdapat 3 jenis golongan manusia yang berbeza telah wujud bersama di Afrika dan menyangkal sama sekali teori yang mengatakan manusia zaman sekarang wujud daripada evolusi primat.

Ahli-ahli antropologi mendapati 3 fosil tengkorak manusia, tulang muka dan rahang berserta gigi dianggarkan berusia kira-kira 1.7 juta dan 1.9 juta tahun lamanya. Penemuan ini mengesahkan teori bahawa wujud satu bangsa manusia yang dikenali sebagai Homo Rudolfensis, iaitu sejenis bangsa manusia yang mempunyai otak yang agak besar dan panjang serta bermuka rata.

Dalam tempoh masa 40 tahun yang lalu, mereka hanya mempunyai satu sampel fosil tengkorak berkaitan bangsa manusia baru itu, namun kini, mereka mempunyai lebih banyak dari itu.

Terima kasih kepada penemuan itu, kini para saintis boleh membuat kesimpulan dengan lebih yakin bahawa Homo Rudolfensis merupakan spesies asing manusia yang benar-benar telah wujud bersama dengan bangsa manusia yang lain yang dikenali kira-kira 2 juta tahun lampau.


p/s : takleh percaya sangat.. bapak beruk, teori Darwin yang bodoh lagi bahlol.. 
Sumber : Here

Kesian : Tangan Wanita Hampir Putus Ditetak Peragut (Gambar)

Posted: 29 Aug 2012 11:12 PM PDT


KOTA BHARU – Seorang wanita ditimpa malang apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak penjenayah ketika dia berusaha menyelamatkan beg tangannya daripada diragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa Rohairani Abdullah, 36, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik di sini baru keluar dari kereta untuk ke kedai tudung.

Ketika ibu kepada dua orang anak itu berjalan ke kedai tudung, beg tangannya tiba-tiba diragut seorang lelaki sebelum penjenayah itu menetak bertubi-tubi tangan mangsa yang enggan melepaskan beg tersebut.

Seorang penjual tudung, Hidayah Daud, 21, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia melihat peragut itu cuba menarik beg tangan mangsa manakala seorang lagi lelaki menunggu di atas motosikal Honda EX5 di tepi jalan kira-kira 20 meter dari tempat wanita itu diragut.

Kejadian tersebut berlaku di tepi kedainya dan tindakan mangsa yang enggan melepaskan beg tangannya menyebabkan mangsa ditarik kira-kira tiga meter dari lokasi mula-mula mangsa diragut.

"Tindakan mangsa tidak melepaskan beg tangannya menyebabkan peragut itu marah lalu menetak tangan mangsa lebih tujuh kali," kata saksi itu.

Menurut gadis itu, kejadian selama tiga minit itu menyebabkan orang ramai yang lalu lalang tergamam, panik dan hanya mampu menjerit kerana takut melihat tindakan kejam penjenayah itu.

"Peragut yang berputus asa kemudian meninggalkan wanita itu tanpa dapat meragut beg tangan mangsa," kata Hidayah sambil memberitahu dia juga takut untuk membantu mangsa kerana penjenayah itu bersenjatakan parang. Ekoran kejadian itu, kawasan tersebut dipenuhi darah yang meleleh daripada tangan mangsa yang cedera.

Katanya, kira-kira 15 minit kemudian ambulans tiba untuk membawa mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini bagi mendapatkan rawatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu ada antara luka tersebut sedalam 38 sentimeter manakala urat pergelangan tangan kiri mangsa juga putus.

Sehingga malam tadi peragut berhati haiwan itu belum ditangkap manakala kecederaan tangan mangsa belum dapat diketahui statusnya. – Kosmo Online

Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment