Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, August 29, 2012

Aku Stress Giler


Kesian : Harimau Bintang Malang Tercucuk Besi (Gambar)

Posted: 29 Aug 2012 06:44 AM PDT


NEW DELHI – Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam. Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.

Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana. Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.

Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.
Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan. Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu.

Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya. Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan. Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.

Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya. Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

Sumber : Here

Superb : Bugatti 16C Galibier Yang Bakal Menggantikan Bugatti Veyron (27 Gambar

Posted: 29 Aug 2012 05:19 AM PDT

Gambar² dan video dibawah adalah Bugatti 16C Galibier yg masih belum dilancarkan secara rasmi. Ianya dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2013 atau 2014 dah harganya mencecah US$ 1.42 million. Konsep kereta ini mula diperkenalkan pada 2010 di Geneva Auto Show yg menggunakan engine 8 liter 16 silinder dijangkan mampu menghasilkan diantara 789 hingga 986 horsepower. Enjoy gambar² autoporn dibawah.


p/s : GIler ah.. satu set sekali dengan beg n jam.. 
 
Sumber : Here

Cool : Bapa Pada Tahun 1976 & Anak Pada Tahun 2012

Posted: 29 Aug 2012 05:12 AM PDT

Jom kita lihat gambar yang dihasilkan oleh seorang anak pada tahun 2012 yang menyerupai rupa bapanya pada tahun 1976. 

 
 Sumber : Here


Cool : "The Ontama", Alat Untuk Menjawab Telefon Ketika Mandi (4 Gambar)

Posted: 29 Aug 2012 01:22 AM PDT


The Ontama atau dikenali sebagai 'telur di tempat mandi' merupakan alat yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon walaupun ketika mandi. Ianya khusus untuk pengguna iPhone dan mereka yang mementingkan soal kerja.

Pada dasarnya, alat ini kosong di bahagian tengah, mempunyai pelindung berbentuk telur yang kalis air dan apa yang anda perlu lakukan hanya lah pasang telefon anda pada audio jack yang berukuran standard 3.5 milimeter di dalam alat tersebut.

Dengan hanya berharga US$20, anda tidak perlu risau lagi sekkiranya terlepas panggilan telefon yang penting daripada pejabat ketika anda sedang mandi.

Walaubagaimana pun, alat ini tidak menyediakan kemudahan untuk menghantar mesej.




Sumber : Here

WTF : Seorang Lagi Pesalah Seks Terlepas Hukuman Penjara (Gambar)

Posted: 28 Aug 2012 11:24 PM PDT


GEORGE TOWN – Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas. 

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
 
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya.

Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.
Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit.

"Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan.

Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. 

"Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya.

Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.

Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun. – MStar

Sumber : Here

Amazing : Koleksi Snapshot Yang Gempak (13 Gambar)

Posted: 28 Aug 2012 11:17 PM PDT

Beikut merupakan beberapa keping gambar yang gempak di seluruh dunia.. layan~~ sapa cakap photoshop korang memang bangang. sekian.


Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment