Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, August 5, 2012

Aku Stress Giler


Info : "Olympus", Gunung Tertinggi Dalam Sistem Solar (5 Gambar)

Posted: 05 Aug 2012 07:02 AM PDT


Planet Marikh menjadi tempat untuk untuk gunung raksasa iaitu Olympus. Gunung ini terlalu besar sehingga kan sekiranya anda berada di permukaan planet ini, anda tidak akan melihat gunung ini dengan skala penuh.

Dengan ketinggian 22 kilometer, ia memegang rekod sebagai gunung yang tertinggi dalam sistem solar.

Mungkin pada suatu hari nanti, sekiranya perjalanan antara planet ke planet lain berlaku, para pendaki gunung akan mampu menyahut cabaran gunung tertinggi di dalam sistem solar ini.


Sumber : Here

Serius : Atlit Angkat Berat Olimpik Popular Kerana Bulu Ketiak (3 Gambar)

Posted: 05 Aug 2012 03:49 AM PDT


Seen Lee, 29, merupakan seorang jaguh angkat berat yang mewakili negaranya, Australia dalam Olimpik 2012. Bertanding dalam kategori 63 kilogram, Lee nampaknya gagal dalam percubaan mengangkat besi seberat 106 kilogram (snatch).

Namun yang menjadi perbualan di dalam FB dan Twitter bukannya kekalahannya itu, tetapi ketiaknya yang dipenuhi bulu. Malah ia menjadi bahan lawak dalam internet.



p/s : pedulikan apa orang nak kate.. hehe

Sumber : Here

Serius : Perogol & Pembunuh Dihukum Tembak Di Khalayak Ramai (4 Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 11:20 PM PDT


Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk perayaan. Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.

Kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa Yaman tidak dapat diketahui sehingga dapat membuat Yehya mengaku kesalahan beliau. Hukuman ini juga mendapat protest dari pertubuhan Amnesty kerana terdapat kekurangan bukti.  

Yaman merupakan salah sebuah negara yang masih mengamalkan hukuman mati secara terbuka dan menjemput seramai mungkin penonton terutamanya kanak-kanak. 




Sumber : Here

Horror : Apabila Tubuh Manusia Ditemui Dalam Perut Jerung (3 Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 11:11 PM PDT


Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan.

Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia!

Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.
Sumber : Here

OMG : [Video] Gatal Betul Amoi Ni...

Posted: 04 Aug 2012 10:51 PM PDT


Gatai btol la amoi nih.. kesian plak aku tgk.. siap cium tuh.. ish3..


p/s : Mungkin dia kene jangkitan kuman kot.. ish3.. kesian.. :(

Sumber : Here

Sejarah : Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia (Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 10:29 PM PDT


Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.

Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Info tambahan:

Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.

Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.


Sumber : Here

OMG : [Video] Apabila Dua Sahabat Terpancing Sotong Kurita

Posted: 04 Aug 2012 10:23 PM PDT


Pada suatu petang yang hening, dua orang sahabat pergi memancing menggunakan kayak seperti yang mereka selalu lakukan pada setiap petang. Ketika sedang asyik memancing, tiba2 salah seorang daripada mereka telah mendapat suatu yang amat berat pada kailnya. Rupa-rupanya, dia terpancing seekor sotong kurita yang besar. Begitulah kesudahan cerita ini. sekian.


p/s : Amacam? best tak karangan kat atas? hee

Sumber : Here

Cool : Mari Jenguk Ke Dalam Studio Animasi Pixar Di California (18 Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 10:11 PM PDT

Studio Animasi Pixar merupakan sebuah studio yang telah menghasilkan banyak filem animasi seperti Finding Nemo, Up dan Toy Story 3. Studio utama Pixar terletak di Emeryville, Califronia. 



 Sumber : Here

Kreatif : [Video] Apakah Erti Kemerdekaan? Oleh Anak-Anak Malaysia

Posted: 04 Aug 2012 08:52 PM PDT

Apakah Erti Kemerdekaan? Oleh Anak-Anak Malaysia.
pembikinan video ini sangat kreatif.



Serius : Lelaki Dan 'Teman Wanita' Yang Cantik Tapi Pelik (12 Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 08:45 PM PDT

Lelaki Dan 'Teman Wanita' Yang Cantik Tapi Pelik.
Ke mana dia pergi di situ ada teman wanitanya. Tetapi tak pasti kenapa dia boleh cinta teman wanita ini.. namun kalau mereka bahagia, so what?

WTF : Wanita, Kenapa Anda Konfiden Sangat Nak Guna Legging Ketat? (Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 08:26 PM PDT

Wanita, Kenapa Anda Konfiden Sangat Nak Guna Legging Ketat?
memang tak salah nak pakai apa saja cuma admin rasa kadang-kadang kita juga perlu pakai sesuatu yang tidak menyeksa diri serta mata orang lain.


Cool : Natalia Partyka, Gadis Ini Akan Menaikkan Semangat Anda (8 Gambar)

Posted: 04 Aug 2012 08:12 PM PDT

Natalia Partyka, Gadis Ini Akan Menaikkan Semangat Anda.
Kenal tak si gadis ini? Mesti ramai tak lagi mengetahui siapa si dia tetapi dia bakal menaikkan semangat anda. Kenapa? Menjadi OKU bukan satu alasan untuk dia mengharumkan nama negara dalam pelbagai temasya sukan termasuk Sukan Olimpik London yang kian hangat berlangsung.
Natalia Partyka adalah gadis yang dilahirkan pada 27 julai 1989 di Poland. Dia dilahirkan tanpa tangan dan siku kanan. Tetapi dia tidak menjadikan itu alasan untuk menceburi sukan ping pong di mana dia telah mulai menyertai pelbagai temasya sukan untuk OKU serta paralimpik. Kini dia juga menjadi atlit dalam Sukan Olimpik London 2012.

Pencapaian Natalia Partyka :
1999 : pingat emas di Disabled World Championships.
2000 : Summer Paralympics di Sydney
2004 : Athens Paralympics - 1 pingat emas dan 1 pingat perak.
2004 : ITTF European Paralympic Championships : 2 pingat emas.
2006 : European Paralympic Championships : 3 pingat emas.
2006 : IPC Table Tennis World Championships : 1 pingat emas dan 2 pingat perak.
2007 : European Paralympic Championships : 3 pingat emas.
2008 : Summer Olympics dan Summer Paralympics di Beijing : 1 pingat emas.
2012 : Sukan Olimpik di London 



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment