Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, August 8, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Sekiranya Kolam Renang Dibina Di Afrika (4 Gambar)

Posted: 08 Aug 2012 08:35 AM PDT

Sekiranya Kolam Renang Dibina Di Afrika.
Cuba tengok apabila gajah tiba di kolam renang..

Cool : Perenang BerIrama Olimpik Semasa Dalam Air Kolam Renang

Posted: 08 Aug 2012 08:31 AM PDT

Perenang BerIrama Olimpik Semasa Dalam Air Kolam Renang.
Ingat senang nak jadi perenang berirama? Cuba tengok sendiri betapa susahnya mereka perlu menahan nafas dan aksi yang sama setiap masa. 

Serius : [Video] Gadis Sukarelawan Mengintip Usain Bolt

Posted: 08 Aug 2012 08:10 AM PDT

Gadis Sukarelawan Mengintip Usain Bolt
Cuba perhatikan gadis itu..matanya tak henti-henti tengok Bolt.


WTF : ‘Pencegah Maksiat’ Rogol Wanita Bergilir-Gilir Di Kota Bharu (GambaR)

Posted: 08 Aug 2012 08:07 AM PDT

Pencegah Maksiat' Rogol Wanita Bergilir-Gilir Di Kota Bharu.
KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

"Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

"Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa," katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
"Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

"Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir," katanya. – SINAR HARIAN

OMG : [Video] Acara Diving Olimpik Yang 'Fecking' FAIL Oleh Stephen Feck

Posted: 08 Aug 2012 07:54 AM PDT

Acara Diving Olimpik Yang 'Fecking' FAIL Oleh Stephen Feck.
Kasihan pula tengok dia ni..



Cool : Vigeland Sculpture Park Di Norway (8 Gambar)

Posted: 08 Aug 2012 07:03 AM PDT

Gustav Vigeland adalah seorang pengukir sculpture yg lahir pada tahun 1869 dan mati pada 1943. Beliau merupakan seorang pengukir yg sangat popular dikalangan pengukir² di Norway kerana hasilnya yg kreatif. Pada tahun 1921, Perbandaran Oslo, Norway ingin memusnahkan rumah tinggal Vigeland kerana ingin membina sebuah perpustakaan. 

Sebagai ganti, beliau diberi sebuah bangunan yg mana beliau boleh menghasilkan karya² ukiran beliau. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan 212 ukiran patung dari gangsa dan granite di bangunannya itu dan kini kawasan itu telah dijadikan sebuah taman yg diberi nama Vigeland Sculpture Park.

Sumber : here

Serius : [Video] Inilah Dia "Fruit Ninja" Dalam Dunia Nyata

Posted: 08 Aug 2012 06:24 AM PDT


Seorang lelaki, Xie Tongxin dari China berharap untuk mencatat rekod dunia dengan skil terbarunya iaitu memotong buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan kad daun terup. Kalau anda juga berminat nak mencuba skil seperti Xie Tongxin, mulakan dengan membaca buku yang dikarang oleh Ricky Jay pada tahun 1977. 


p/s : Pergh.. ini apek manyak hebat oo..

Sumber : here

Cool : "Hope for Peace", Arca Diperbuat Dari Kereta Kebal & Kereta Perisai (7 Gambar)

Posted: 08 Aug 2012 06:14 AM PDT

Hope For Peace merupakan sebuah arca yang dibina menggunakan 5 ribu tan konkrit, 78 kereta kebal, kereta perisai dan beberapa alatan perang. Arca ini terletak di Beirut, Lebanon dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Lebanon.




Sumber : Here

Cool : [Video] "Strangers", Filem Pendek Raya 2012 Oleh Petronas

Posted: 08 Aug 2012 12:38 AM PDT


Jom sama-sama kita pakat layan short film bertajuk Strangers ni. Short film ni telah dihasilkan oleh Petronas sempena hari raya tahun ni. Petronas memang tak pernah mengecewakan kita time raya.. ok go!


p/s : Memang best.. 

Sumber : here

Info : Adakah Mencium Tangan Itu Sunnah?

Posted: 08 Aug 2012 12:25 AM PDT


Didalam kitab "al Mausu'ah al FIqhiyah" disebutkan bahwa diperbolehkan mencium tangan seorang alim, penguasa yang adil, mencium tangan kedua orang tua, ustaz dan setiap orang yang layak mendapatkan penghormatan sebagaimana dibolehkan mencium kepala, dahi serta diantara kedua bola mata namun dibolehkan hal demikian jika bertujuan perbuatan baik, penghargaan, perasaan sayang saat bertemu dan berpisah dan penghormatan dengan disertai keamanan dari syahwat.

Terdapat sebuah riwayat bahwa Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memeluk Ja'far saat tiba dari Habasyah dan mencium antara kedua matanya." Diriwayatkan pula."Dari Ibnu Umar bahwa beliau pernah mengikuti suatu ekspedisi tentera Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam kemudian menceritakan kejadiannya. Ia berkata,'Maka kami pun mendekati Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam dan kami pun mencium tangannya."

Ibnu Batthal mengatakan bahwa Imam Malik mengingkari mencium tangan dan mengingkari riwayat yang menyebutkan hal itu. Al Abhariy berkata,"Sesungguhnya pengingkaran Imam Malik apabila hal itu untuk pengagungan dan kesombongan. Adapun jika untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan agamanya atau ilmunya atau kemuliaannya maka hal demikian dibolehkan." (al Mausu'ah al Fiqhiyah juz II hal 468)

Abu Daud meriwayatkan dari Ummu Aban binti al Wazi' bin Zari' dari kakeknya Zari' saat itu ia sedang bersama rombongan utusan Abdu Qais, ia berkata, "Ketika kami tiba di Madinah, kami saling berlomba memacu kendaraan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki beliau (Raslullah shalallahu 'alihi wa sallam."

Ibnu Majah meriwayatkan bahwa Muawiyah bin Jahimah as Sulami ingin pergi berjihad bersama Rasulullah shalallahu 'alihi wa sallam lalu beliau shalallahu 'alihi wa sallam mengatakan (kepadanya): 'Celakalah kau! Apakah ibumu masih hidup? ' la menjawab; 'Ya! Wahai Rasulullah! ' Rasulullah bersabda: 'Celakalah kau! Tetaplah berada pada kedua kakinya dan di situlah terdapat surga.'. disebutkan didalam kitab "Rod al Mukhtar" bahwa bisa jadi maksudnya—Wallahu A'lam—adalah mencium kakinya.

Imam an Nawawi mengatakan bahwa disunnahkan mencium tangan seorang soleh, zahid, alim dan yang sepertinya dari kalangan ahli akherat. Adapun mencium tangannya karena kekayaannya, dunianya, kekuatannya dan kedudukannya dari ahli dunia dan orang-orang seperti mereka maka hal demikian sangat dimakruhkan. Bahkan al Mutawalli mengisyaratkan bahwa hal itu haram. (al Majmu' juz IV hal 636)

Melayukini.net - Maka kita dibolehkan mencium tangan kedua orang yang lebih tua daripada kita sebagai penghormatan, rasa sayang dan bakti seorang anak kepada ibubapanya. Bukankah menghormati orang yang lebih tua daripada kita sangat dituntut dalam Islam.

p/s : Harap sebarkan.. insyaAllah.. 

Sumber : here

Serius : Manoharan Minta Maaf Kerana Mengutuk Lee Chong Wei

Posted: 08 Aug 2012 12:17 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari parti DAP, M. Manoharan yang 'dibelasah' bertalu-talu di media sosial dan arus perdana sejak semalam kerana membuat kenyataan merendahkan kejayaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tampil memohon maaf hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat menggunakan medium yang sama yang digunakan untuk merendahkan Chong Wei yakni melalui akaun Twitter miliknya.

"I deeply regret the comments I have made and tender my heartfelt apologies to Dato' Lee Chong Wei and his family.".
Kenyataan itu datang selepas rakyat dari semua lapisan termasuk pemimpin DAP mengutuk kenyataan Manoharan yang disifatkan ramai sebagai ****h dan tidak sensitif pada situasi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan antara yang terawal cuba menjarakan diri dengan kenyataan Manoharan itu dan mengutuk tindakan peguam itu.

Dalam beberapa tweet yang dibuat Manoharan sebaik perlawan antara Chong Wei menentang pemain China, Lin Dan bagi merebut emas olimpik acara berminton berakhir, dia dilihat telah merendahkan pengorbanan dan kejayaan Chong Wei.

Manohran dilihat dengan jelas lebih mengagungkan dan memandang tinggi Lin Dan berbanding jaguh negara sendiri.

Antara tweet yang dibuat Manoharan ialah;

'LIN DAN wins.He played better than Lee Chong AWAY," katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Dengan jelas Manoharan mempermainkan nama Chong Wei kepada Chong Away.

Selain itu, wujud unsur-unsur politik keterlaluan di kala rakyat sedang bersediah apabila negara terlepas peluang untuk menang emas pertama.

"Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya,"


p/s : Lain kali pk dlu b4 tweet.. 

Sumber : here

Kesian : 500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing (Gambar)

Posted: 08 Aug 2012 12:10 AM PDT


NORMAN: Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. - DM

p/s : Kesian anjing tu.. 

Sumber : here

Cool : [Short Film] DriveThru Plastik Hitam

Posted: 07 Aug 2012 11:44 PM PDT


Jom layan sebuah short film dari Jambang Production a.k.a member aku dekat maktab dlu. Video ni simple n short jer. Tapi cuba hayati btol2 percakapan dan apa yang ingin disampaikan dalam cerita ni. Jom layan.. 


p/s : Best ke nasi Ganja? Tak pernah try lagi nih.. tapi ramai org cakap sedap..

Sumber : here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment