Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, August 9, 2012

Aku Stress Giler


Lawak : Cerita Seram Versi Lambok (Komik)

Posted: 09 Aug 2012 04:09 AM PDT


Aku memang minat la kartun Lambok nih. Dulu2 salu gak beli majalah Apo n Ujang. Time raya la paling best sebab komik Ujang n Apo ni tebal. Lawak pun banyak.. Jom layan salah satu lawak ambok kat bawah nih..

 

Sumber : Here

Cool : "E-Highway", Sistem Lori Hybrid Di Bandar California (9 Gambar)

Posted: 09 Aug 2012 03:55 AM PDT


California ialah antara bandar yang paling teruk sistem pengangkutan awamnya di Amerika. Akibatnya penduduk California terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk kemana-mana. Bandar Losa Angeles contohnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang kronik dan jerebu akibat pencemaran asap kenderaan bermotor. 

Siemens dengan kerjasama Mercedes menghasilkan lori hibrid dibawah sebagai solusi kepada masalah jerebu yang kronik California. Sistem yang diberi nama eHighway membolehkan lori hibrid elektrik dan diesel digunakan di lebuhraya California. Ia berfungsi seperti keretapi elektrik. Apabila diatas lebuh raya lori akan menggunakan tenaga elektrik. 

Apabila sudah berhampiran destinasi penghantaran barang ia kembali menggunakan diesel. Ia diharapkan dapat mengurangkan pencemaran dari kenderaan berat. Buat masa ini sistem Ehighway sedang diuji di Jerman. Jika sistem ini terbukti praktikal, sistem pylon elektrik akan dipasang di Bandaraya Los Angeles dan Long Beach California.



p/s : Korang rasa praktikal tak idea nih? 

Sumber : Here

Awesome : Gerabak Keretapi Paris Edisi Versailles (11 Gambar)

Posted: 09 Aug 2012 03:48 AM PDT

Berikut merupakan gambar-gambar runag dalaman gerabak keretapi versi Versailles di Paris, Perancis. Awesome enuf right? 


Sumber : Here

Serius : Tayar Basikal Chris Hoy Diperbuat Dari Sutera (2 Gambar)

Posted: 09 Aug 2012 03:34 AM PDT


Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.

Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram. Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.

Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki. Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.

"Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari," kata Hoy.

Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu. Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.

Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester. Tayar basikal Hoy diperbuat daripada sutera yang dijahit pada bahagian dalam tiub. 

Yang paling menarik ialah Skin Suit atau baju yang dipakai oleh Hoy merupakan berharga 5 ribu Pound dan hanya dapat dipakai sekali sahaja kerana teknologi pada baju tersebut menyebabkan ia tidak boleh dibasuh.


Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment