Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Sunday, February 12, 2012

Aku Stress Giler


Cute : Cara Tipikal Gadis Asia Bergambar Depan Kamera #3 (12 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 08:00 AM PST

Cara Tipikal Gadis Asia Bergambar Depan Kamera #3
Comel tak? This makes my day..:-P

Hey


Daydreaming

Surprised

Pillow

Cun : Kama Lo, Model Hong Kong Dan Teman Wanita Terkini Stephen Chow (12 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 08:00 AM PST

Kama Lo kini dikaitkan dengan pelakon yang begitu terkenal dengan aksi lawaknya iaitu Stephen Chow. Menurut sumber, mereka telah bersama untuk tiga bulan. Tetapi yang menjadi perbualan orang ramai adalah Stephen Chow kini berusia 49 tahun tetapi umur Kama Lo hanya 21 tahun. Stephen Chow beberapa bulan lepas telah berpisah dengan teman wanita lamanya, Yu Wenfeng selepas bersama untuk 10 tahun. Mari lihat gambar Kama Lo yang cun, teman wanita mantap kepada Stephen Chow yang agak tua.


 via : yahoo.com

WTF : [Video] Pelakon Cantik Taiwan, Makiyo Bakal Didakwa Kerana Belasah Pemandu Teksi

Posted: 12 Feb 2012 07:57 AM PST

Pelakon Cantik Jepun, Makiyo Bakal Didakwa Kerana Belasah Pemandu Teksi
Dalam video yang dirakam ini menunjukkan Makiyo dan seorang rakannya Tomoyori memukul pemandu teksi sehingga perlu dihantar ke ICU. Insiden ini berlaku selepas pemandu teksi tersebut meminta rakan Makiyo, Tomoyori untuk memakai tali keleder tetapi dia tidak menghiraukannya. Selepas itu, Makiyo yang tidak tahan dengan teguran pemandu tersebut menyuruh Tomoyori bersamanya untuk memukul pemandu sehingga parah. Bersama mereka berdua terdapat lagi dua orang rakan yang kemudian terus beredar dan biarkan mangsa terlantar di situ. Kini pelakon tersebut tengah disiasat bersama rakannya. 
p/s: nama dah artis terkenal, tetapi langsung tidak bermoral hihi.

Ini videonya:



Ini Makiyo yang dikatakan telah memukul pemandu tersebut, macam tak percaya je :

OMG : Restoran Yang Menjual Daging Mentah Pelbagai Haiwan di Vietnam (7 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 07:57 AM PST

Sebuah restoran di sekitar The Perfume Pagoda, Utara Vietnam ini menjual pelbagai daging mentah haiwan termasuk rusa, anjing, landak serta harimau. Semua haiwan ini diburu dari sekitar pergunungan. Tetapi yang jijiknya, semua haiwan ini digantung dan disembelih depan kedai.



 via : asiantown.net

OMG : Mereka Ini Adalah Peminat American Football Yang Hardcore (10 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 07:45 AM PST

Mereka Ini Adalah Peminat American Football Yang Hardcore
Cuba tengok betapa fanatik segelintir peminat American Football ini daripada cara fesyen mereka.

 via : izismile

Cute : [Video] Adakah Ini Gadis Asia Dengan Suara Paling Comel?

Posted: 12 Feb 2012 07:45 AM PST

Adakah Ini Gadis Asia Dengan Suara Paling Comel?
Korang rasa gadis comel ini berjaya menikmati anda dengan suaranya?

Cool : Alat Anti-Rogol Untuk Wanita (3 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 04:36 AM PST

Tidak dinafikan sekarang ni jenayah rogol semakin menjadi-jadi. Yang menyedihkan, kebanyakan perogol ni adalah ahli keluarga sendiri atau kenalan rapat keluarga. Yang kene rogol sebab ikut lelaki tu, memang tak tau la nak cakap apa. Sendiri cari nahas. Now aku nak share gambar alat anti-rogol ni untuk wanita-wanita kat luar sana. Kalau ade jual kat Malaysia ni, korang beli lah yer.




p/s : Macam berat jer..

Sumber : Here




Info : 5 Kebaikan Makan Makanan Pedas

Posted: 12 Feb 2012 04:05 AM PST


Siapa suka makan pedas? Jom baca 5 kebaikan makan makanan pedas..

1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah Kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

p/s : Keburukan? Buasir beb.. Jangan makan banyak sangat.. Berak berdarah nanti.. Hehe

Sumber : Here



Fakta : 20 Fakta Menarik Mengenai Lipas

Posted: 12 Feb 2012 03:59 AM PST


  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol "cucaracha" yang membawa maksud serangga gila..
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa 
p/s :  Saya suka lipas terbang.

Sumber : Here

Cool : [Video] Eksperimen Menghasilkan "Popcorn" Menggunakan Handphone

Posted: 12 Feb 2012 03:52 AM PST


Eksperimen ini dijalankan oleh bebrapa individu dengan menggunakan 4 biji telefon bimbit dan biji popcorn mentah. Nak tau apa hasilnya, Korang tengok la sendiri video kat bawah ni.. 



p/s : Amacam? Amaze tak? Hehe

Sumber : YT




Info : Misteri Hilangnya 11 Hari Pada September 1752

Posted: 12 Feb 2012 03:16 AM PST



Jom kita baca sejarah pasal Tahun 1752 ni..  

Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?

Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..
Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari - 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..
Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..

Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat"..Entah laa..

Sila baca dekat sini untuk mengetahui dengan lebih detail pasal kehilangan 11 hari ni. 

p/s : Semua ni propaganda je aku rasa. Freemason kot.. Hahaha.. Tapi ntahla.. Wallahualam.. 
Sumber : Here


WTF : Mesin Untuk Lelaki Merasai Pengalaman Wanita Datang Haid (3 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 03:05 AM PST


WTF, Memang wujud mesin ni. Korang paham tak tajuk tu? Okay, mesin ini ialah untuk lelaki yang ingin merasakan pengalaman wanita ketika datang haid. So, bila lelaki pakai alat ni, Mereka seolah-oleh keluar haid macam wanita. Dah takde benda lain ke nak reka? Jom baca kat bawah nih. 


Secara hormon nya, menstruasi dan dismenore (keadaan yang mulai timbul sebelum atau semasa menstruasi, mencapai puncak dalam tempoh waktu 24 jam dan setelah 2 hari ia akan menghilang) hanya dapat dirasakan oleh wanita. Tapi Hiromi Ozaki alias Sputniko (25 tahun),  pereka dari Jepun-England yang juga seorang programmer telah merancang sebuah mesin di mana membolehkan seorang lelaki merasakan pengalaman haid bulanan wanita.


Ozaki yang menuntut di Fakulti Matematik dan Ilmu Komputer Imperial College, London, memberi nama mesinnya sebagai Menstruation Machine. Menstruation Machine ini merupakan projek seni yang tercetus kerana tertarik dengan masalah bulanan yang selalu dirasakan oleh wanita iaitu datang bulan.


Dengan menampilkan rekaan dari Royal College of Art's Design Interactions, mesin ini bertujuan untuk membolehkan lelaki merasakan pengalaman haid yang dirasakan wanita. Bagaimanapun, alat ini juga boleh digunakan oleh wanita.


Dilaporkan dari CNetNews, Khamis (2/9/2010), rekaan mesin yang berwarna perak ini secara konsep nya akan di pakai di bahagian pinggang.


Untuk menitiskan darah, rekaan ini dilengkapi dengan mekanisme blood dispensing, yang akan menitiskan sekitar 80 mililiter (2.7 auns) darah dari tangki yang menstimulasikan keadaan haid seorang perempuan untuk tempoh masa lima hari.


Rekaan ini juga menyediakan teknologi canggih seperti iPad yang akan berfungsi untuk mengawal aliran darah.


Selain itu, rekaan ini juga dilengkapi dengan elektrod stimulasi perut bawah (lower-abdomen-stimulating electrodes), iaitu mesin yang akan menstimulasikan kekejangan pada perut mirip dengan keadaan haid bulanan seorang wanita.


Menstruation Machine ini dapat digunakan oleh lelaki yang ingin merasa lebih dekat dengan wanita (misalnya ibu atau isterinya) dan pengalaman datang haid yang dirasakan mereka.


Rekaan ini juga boleh digunakan oleh wanita yang sudah tidak lagi mengalami menstruasi, biasanya proses ini hanya menjadi ritual dan dikenali sebagai identitas gender.
 
p/s : Sapa lelaki yang nak pakai benda ni? Benxii tak nak pakai ker? LOL

Sumber : Here


Lawak : Apabila Whitney Houston Meninggal Dunia, Oprah Menjadi Mangsa (Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 01:52 AM PST

Apabila Whitney Houston Meninggal Dunia, Oprah Menjadi Mangsa
Orang ini cuba #TROLL orang lain ke atau dia memang tak kenal Whitney Houston? Tak pasal-pasal Oprah menjadi mangsa.. anyway it's funny...


Cool : Sekitar Jepun Selepas 11 Bulan Dilanda Tsunami (24 Gambar)

Posted: 11 Feb 2012 07:44 PM PST

Sekitar Jepun Selepas 11 Bulan Dilanda Tsunami
Cuba tengok betapa cepat dan mantap kerja mereka di Jepun.
Kalaulah negara kita macam ini juga eh.



 via : asiantown.net

OMG : Justin Bieber Cium Gadis Lain di Pantai? (Gambar)

Posted: 11 Feb 2012 07:35 PM PST

Justin Bieber Cium Gadis Lain di Pantai?
Serius kah ni?


WTF : Semua Restoran Di China Yang Ciplak Restoran Makanan Segera Dunia (10 Gambar)

Posted: 11 Feb 2012 07:28 PM PST

Semua Restoran Di China Yang Ciplak Restoran Makanan Segera Dunia
Kenapa mereka di China ini begitu kreatif dan genius?



Sadis : Adakah Anjing Ini Didera Oleh Tuannya? (10 Gambar)

Posted: 11 Feb 2012 07:16 PM PST

Adakah Anjing Ini Didera Oleh Tuannya? 
Apa pendapat korang? Macam sadis je tengok anjing ini. Terpaksa membawa makanan atas kepalanya. 

OMG : Jiran Dibayar Untuk Membuat Isteri Mengandung, Gagal Selepas 72 kali (Gambar)

Posted: 11 Feb 2012 07:12 PM PST

Jiran Dibayar Untuk Membuat Isteri Mengandung, Gagal Selepas 72 kali
Ini memang satu cerita yang sangat pelik. Seorang lelaki dan isterinya yang merupakan model dan bekas ratu cantik begitu inginkan anak tetapi selepas beberapa lama, suaminya didapati sterile dan tidak boleh membuat isterinya mengandung. Jadi si suami telah membayar dan meminta tolong jirannya untuk membuat isterinya mengandung kerana jiran tersebut telah mempunyai 2 orang anak. Tetapi mencuba 72 kali dengan isterinya, bekas ratu cantik tetap tidak mengandung. Jadi si suami ini memaksa jirannya untuk berjumpa doktor dan mendapati dia juga sterile. Tetapi siapa punya dua orang anak di rumahnya? Akhirnya isteri jiran mengaku yang dua orang itu adalah anak lelaki lain. Kini mahkamah juga tidak dapat putuskan apa nak buat dengan mereka. Berita penuh di bawah ini.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment