Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Monday, February 13, 2012

Aku Stress Giler


OMG : Mahasiswa Kacak China Kini Menjadi 'Perempuan' Comel (12 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 08:00 AM PST

Seorang mahasiswa lelaki di Universiti Shanghai (Electric # Power)  telah menjadi pujaan ramai gadis tahun lepas selepas gambarnya tersebar di Mop.com. Begitu ramai gadis cuba berkawan dengannya dan jatuh cinta dengannya. Tetapi baru-baru satu forum di Mop.com telah memaparkan yang lelaki ini tengah mnejadi 'perempuan' comel. Nama 'perempuan' ini adalah Don. Berita mengenai perubahan lelaki ini telah mematahkan impian ramai gadis yang begitu jatuh cinta dengannya.
p/s : apa kejadah ni? Dah dikurniakan dengan rupa yang begitu kacak, nak tukar menjadi perempuan pula.
 
 


 Kini seorang gadis :

 via : tt.mop.com

OMG : Mari Lihat Kehidupan Ekstrem Pelacur Nigeria di Itali (12 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 08:00 AM PST

Mari Lihat Kehidupan Ekstrem Pelacur Nigeria di Itali
Semua gadis dari Nigeria ini datang dari Nigeria untuk menjual diri bagi membiayai kehidupan mereka. Ini kerana menurut sumber, ini adalah satu-satunya cara untuk mendapat duit bagi membiayai keluarga mereka di Afrika. Cuba tengok sendiri keadaan dan kehidupan ekstrem pelacur dari Nigeria ini.Mereka tidak memerlukan hotel atau bilik untuk menjalankan kegiatan mereka.

 via : izismile.com

Serius : Apakah Alat Senaman Pelik Ini Di Bilik Hotel Shanghai?

Posted: 13 Feb 2012 07:57 AM PST

Minggu lepas, seorang pengunjung dari Foshan ke Shanghai dan menyewa sebuah bilik hotel 4-bintang. Tetapi sejurus dia masuk ke dalam bilik tersebut, dia ternampak satu alat yang pelik. Alatan ini disertakan dengan rantai besi dan tali pinggang kulit. Pengunjung tersebut terus lari ke lobi dan tanya pekerja di kaunter. Lelaki tersebut diberitahu yang itu adalah satu alat senaman. Jadi bila dia keletihan, dia boleh menggunakannya dengan pertolongan jurulatih mereka. Dia masih lagi tidak pasti samada alata ini memang untuk senaman atau apa. Jadi dia sempat mengambil gambar dan muat turun ke laman sosial China.
p/s: apa alat ini? Ada orang tahu ke? :-P


via : tt.mop.com

WTF : Pemborong Menjual Ikan Dari Longkang Ke Restoran Hong Kong (10 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 07:51 AM PST

Pemborong Menjual Ikan Dari Longkang Ke Restoran Hong Kong
Beberapa orang lelaki yang dikatakan pemborong ikan dari Filipina telah dikesan menangkap ikan dari longkang dan kemudian jual kepada restoran terkenal. Kelihatan longkang ini sangat kotor dengan pelbagai bangkai haiwan serta sampah sarap. Apabila pemborong ini menjual ke restoran, mereka menyatakan semua ikan ini masih segar serta ditangkap di Laut Thailand.
p/s: Jadi berhati-hati apabila makan di restoran kerana kadang-kadang bukan sahaja di Hong Kong, kes ini berlaku. Orang yang inginkan duit dengan cepat sanggup lakukan semua ini. 

 via : asiaone

Cool : Polis Trafik Zaozhuang Tetap Bertugas Pada Waktu Hujan (10 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 07:45 AM PST

Polis Trafik Zaozhuang Tetap Bertugas Pada Waktu Hujan
Kegigihan mereka menjalankan tugas patut diberi pujian. Kalau di negara kita, baru hujan setitik, semua pihak trafik dah bersedia untuk beredar.

 via : bbs.168.com

Cute : [Video] Anak Anjing Bermain Dengan Anak Beruang

Posted: 13 Feb 2012 07:45 AM PST

Anak Anjing Bermain Dengan Anak Beruang
Memang comel melihat mereka bermain.


WTF : Konsep Fesyen Nicki Minaj Di Grammys, Pelik Dan Agak Menghina (6 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 06:23 AM PST

Konsep Fesyen Nicki Minaj Di Grammys, Pelik Dan Agak Menghina
Nicki Mnaj bakal menggantikan Lady Gaga dengan fesyen peliknya sekali lagi. Kali ini dia datang ke Grammys dengan konsep 'bersama Pope'. Memang agak pelik dan menghina agama Katolik.



 via : dailymail.com

Cool : [Video] SNSD Girls' Generation Membuat Debut Di USA Dalam David Letterman Show

Posted: 13 Feb 2012 05:29 AM PST

SNSD Girls' Generation Membuat Debut Di USA Dalam David Letterman Show
Memang semakin luas demam K-pop ini sehingga mampu sampai ke USA. Mari lihat debut kumpulan SNSD ini yang mulai diperkenalkan pada rancangan TV terkenal USA David Letterman Show.



Cool : Jam Tangan Diperbuat Dari Letusan Gunung Berapi (2 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 05:13 AM PST


Eyjafjallajökull-DNA merupakan sebuah jam tangan yang cukup unik kerana binaan dalamnya menggunakan abu dan batu yang telah diletuskan oleh gunung  berapi Eyjafjallajökull pada tahun 2010 yang lalu..Kerana letusan gunung berapi ni la yang menyebabkan banyak jadual penerbangan antarabangsa tergendala.

Disengajakan atau pun tidak, jam tangan ni dibuat khas bagi mempringati hari berlakunya letusan gunung berapi tersebut dengan design dalaman nya dibuat seperti permukaan gunung berapi dengan lava yang sedang mengalir keluar.


Jam tangan khas ni jugak dikatakan hanya ada satu ja dalam dunia..Untuk membuatkan pembelinya berasa bangga, jam tangan ini juga disediakan dengan satu surat pengesahan yang mengesahkan bahawa batu dan abu yang digunakan dalam jam tangan tu memang berasal daripada gunung berapi Eyjafjallajökull. 

 p/s : Pergh..memang cool giler la jam nih.. 

Sumber : Here





Sejarah : 13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s

Posted: 13 Feb 2012 04:08 AM PST


Berikut ialah sedikit info mengenai Nabi Nuh a.s dan Bahtera yang dibina olehnya. Dalam kisah-kisah para anbia yang selalu kita baca, Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut..

1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn).

- Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.

- Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.

- Allah mengajar Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.

- Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat).

- Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut.

- Menurut Al Qur'an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.

- Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas.

- Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam AlKitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut.

- Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.

- Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.

- Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan'an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.

- Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia.

- Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

p/s: Wallahualam....

Sumber : Here


Info : Kenapa Albert Einstein Jelirkan Lidahnya?

Posted: 13 Feb 2012 03:55 AM PST


Gambar Albert Einstein di atas merupakan salah satu dari gambar yang menjadi perbualan hangat sehingga sekarang. Populariti gambar unik itu mengundang pelbagai anggapan mengenai tujuan sebenar Einstein menjelirkan lidahnya itu. Ramai orang beranggapan bahawa Einstein mengambil gambar sebegitu rupa kerana ingin menunjukkan kebijaksanaan beliau berbanding dengan oang lain. Tetapi, keadaan sebenarnya ialah berlainan sama sekali. Baca artikel dibawah untuk penerangan sebenar.

Kenapa Einstein jelirkan lidah:

Sebenarnya pada masa itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru saja pulang daripada acara penghargaan kepada Einstein. Meskipun Einstein sudah duduk di kerusi belakang kereta, masih terdapat para wartawan dan jurugambar yang mengejar nya. Para wartawan ini berusaha untuk menahan Einstein, dan Einstein berteriak : "Ini cukup. Ini cukup!".

Tapi, faham-faham la dasar wartawan, tetap nak mengajukan pertanyaan dan para juru gambar tetap mengambil gambarnya bersama rakan-rakannya. Ketika wartawan meminta supaya Einstein bersedia untuk mengabadikan foto ulang tahunnya, dengan keadaan letih dan kesal, lalu Einstein pun menjelirkan lidahnya, dengan nada mengejek. Pada masa itulah, Arthur Sasse sempat mengabadikan foto Einstein tersebut.

Mengejutkan! Einstein sendiri suka dengan foto tersebut. Dia memotong foto tersebut, sehingga hanya nampak diri dia sendiri (tidak berserta Aydelotte dan isterinya). Einstein pun memperbanyakkan foto tersebut dan dikirim kepada rakan-rakannya yang lain..


p/s : Oo.. begitu rupenye... Ni sumber dari Wiki untuk bacaan lanjut - Here

Sumber : Here 

 



Cun : Adriana Lima Promosi Victoria's Secret Valentine's Day

Posted: 13 Feb 2012 03:02 AM PST

Adriana Lima, Lindsay Ellingson dan Doutzen Kroes baru-baru ini tengah promosi Barangan Victoria's Secret sempena Hari Valentine yang akan disambut esok di Soho Store, NY City.





Cun : Ini Rupa Sana Saeed, Watak Anjali Kuch-kuch Hota Hai Selepas 14 Tahun

Posted: 13 Feb 2012 02:12 AM PST

Ini Rupa Sana Saeed, Watak Anjali (Kuch-kuch Hota Hai) Selepas 14 Tahun
Semua peminat Bollywood mesti pernah tengok filem Kuch-kuch Hota Hai. Dan siapa tak kenal anak cilik molek yang dipanggil Anjali dalam filem tersebut. Dulu comel sekarang cun, itu apa yang boleh diperkatakan mengenai Sana Saeed. Mari lihat Sana Saeed selepas 14 tahun pada usia 24 tahun. 




Panas : Gambar Pekerja KFC Selepas Disoal Siasat Di Balai

Posted: 13 Feb 2012 01:10 AM PST


Pergh.. memang sempoi la diorang ni.. Siap tunjuk peace lagi tu.. Macam baru lepas makan nasi dengan polis je.. Bukan kene soal siasat ni.. LOL..

Sumber : Rindok & Abdul Kareem Firdaus




Info : 32 Rahsia Mengenai Israel Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Posted: 13 Feb 2012 12:49 AM PST


Jom kita baca fakta mengenai negara Israel.. 
1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar  US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: "kerja kosong hanya untuk warga Yahudi", "Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi"?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"……

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

p/s : Memang jahat giler la Israel ni..

Sumber : Here

Cool : Majlis Perkahwinan Biri-Biri Dengan Rusa Sempena Valentine's Day Di Zoo China

Posted: 13 Feb 2012 12:43 AM PST


Zoo China akan mengadakan majlis perkahwinan sempena hari Valentine untuk biri-biri jantan dan rusa betina yang mempunyai hubungan istimewa, agensi berita rasmi Xinhua berkata hari ini.

Pengunjung membanjiri taman hidupan liar di wilayah barat daya Yunnan untuk melihat biri-biri, yang diberi nama Cina Changmao bermakna rambut panjang, dan rusa,Chunzi (tulen), selepas zookeepers mendedahkan haiwan itu mempunyai hubungan dan telah mendapati bahawa pasangan itu telah mula mengawan.

Taman hidupan liar itu akan mengeluarkan 500 tiket khas, pada harga 66 yuan(kira-kira S $ 13) sekeping, untuk majlis itu, NewsService melaporkan.

p/s : Nape kahwinkan binatang berlainan spesis? Pastu kuar anak nak panggil apa ek? Bisa-bisa? tak pun Ruri. Haha



Sumber : CT

Cool : Charger iPhone Yang Menampakkan Arus Elektrik Mengalir (2 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 12:34 AM PST



Dexim Green Illuminating Charge & Sync Cable ialah sebuah charger khas untuk produk Apple. Apa yang unik, Charger ini membolehkan korang melihat perjalanan arus elektrik masuk ke dalam gajet korang ketika dicas..Menarik bukan? =D


Charger ini juga telah dibuat untuk iDevices yang memaparkan ciri teknologi electroluminescent lutsinar yang membolehkan arus elektrik dapat dilihat melalui wayar kabelnya..




Difahamkan, arus elektrik yang mengalir akan bergerak laju sekiranya keadaan bateri telefon korang benar-benar kosong dan bila bateri korang mencapai tahap 60%, arus elektrik yang mengalir akan mula bergerak perlahan..


Apabila bateri telefon korang dah dicas sepenuhnya, konsep Intelligence Smart Charger dengan sendirinya akan memutuskan bekalan kuasa elektrik daripada puncanya..Jimat duit dan tenaga kan? 

Sumber : Here



Berita : Pejabat Apex Disimbah Cat Hitam

Posted: 13 Feb 2012 12:25 AM PST


KOTA BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.

Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam. Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.

"Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12 Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di sebalik kejadian ini," katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di sini, malam tadi.

Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.

"Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan pelakunya," katanya.

Sehubungan itu, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

"Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu menyelesaikan kes ini," katanya. Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.

Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni, takut dicederakan. Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi. Ke mana saha dia pergi dia bersama pengawal peribadinya," katanya.

p/s : Bila dah terkenal dan kaya, mesti ada orang dengki... apa nak jadi la..

Sumber : Here


OMG : Pistol 44 Magnum Rosak Selepas Menggunakan Peluru Buatan China (4 Gambar)

Posted: 13 Feb 2012 12:09 AM PST

Pistol 44 Magnum Rosak Selepas Menggunakan Peluru Buatan China
Terus rosak pistol ini selepas peluru buatan China hancur di dalamnya.





Sedih : [Video] Pemberita TV Menangis Kerana Berita Kekejaman di Syria

Posted: 13 Feb 2012 12:00 AM PST

Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya' yang ditembak oleh Rejim Bashar.
Ayah Muhammad Dhiya' menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.
Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim...



Cool : Gambar Menunjukkan Bukan Senang Untuk Lupakan Zaman Universiti

Posted: 12 Feb 2012 11:55 PM PST

Gambar Menunjukkan Bukan Senang Untuk Lupakan Zaman Universiti
Walaupun waktu belajar kita tidak bergaji tetapi kehidupan kita memang susah dilupakan. Semua perasaan telah kita lalui; sedih, gembira, stress, lawak, marah, kesian dan banyak lagi. Ini adalah antra koleksi gambar-gambar mereka yang berada di universiti seluruh dunia.
p/s admin memang rindu zaman universiti tersebut, anda bagaimana?

 via : asiantown.net

Serius : Apa Beza Artis Wanita Ini Dalam Poster Vs Realiti (4 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 11:35 PM PST

Apa Beza Artis Wanita Ini Dalam Poster Vs Realiti


Poster

Dunia Realiti

sori..memang takde beza pun.. saje nak buat kontroversi.. hoho

Cool : Ini Adalah Satu Pokok Tomato Gergasi Dipanggil Octopus F1 (2 Gambar)

Posted: 12 Feb 2012 11:17 PM PST

The Miracle Tree Octopus F1 adalah namanya dan telah tumbuh untuk 1.2-1.5 tahun. Pada 7 atau 8 bulan yang pertama, pokok ini langsung tidak membuahkan hasil. Yang menariknya, pokok ini tumbuh seluas 40-50 meter persegi. Setakat ini, rekod mengumpul buah tomato pada musimnya, adalah 14,000 biji tomato sekaligus dengan berat 1500 kg.



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment