Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Wednesday, June 13, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Kenapa Perempuan Selalu Kena Tindih Hantu Waktu Tidur? (3 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 08:35 AM PDT

sumber : http://www.gempak.org/forum/
Salah satu teori adalah, hantu juga mempunyai nafsu..
Kalau lelaki kena tindih maknanya sama ada itu hantu kak limah atau hantu gay..
Dah nama pun hantu, mestilah keadaan fizikal dia pun fleksibel juga. Kalau korang ditindih hantu maknanya body korang ketika tidur memang sesuai dengan nafsu hantu.Tapi, golongan manusia yang dah kahwin biasanya tak kena tindih dengan hantu dah.. Tak pernah lagi. Setakat ni dengar golongan bini-bini kena tindih dengan hantu. Cerita kena tindih dengan laki sendiri itu perkara biasa kot.



Kreatif : Lukisan Ini TROLL Orang Yang Melihatnya (12 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 08:30 AM PDT

Apabila Lukisan TROLL Orang Yang Melihatnya.
Tak percaya? Tengok gambar di bawah ini..

Cun : Ini Adalah Gadis Menduduki Top 1 Dalam Maxim's Baru-Baru Ini (7 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 08:11 AM PDT

Gadis itu adalah Bar Refaeli yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang supermodel. Dia berjaya mengalahkan gadis lain seperti Mila Kunis. 


WTF : Reaksi Penyokong Singapura Selepas Tewas Pada Harimau Malaya (12 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 07:57 AM PDT

Reaksi Penyokong Singapura Selepas Tewas Pada Harimau Malaya.
Satu entri di blog terkenal Singapura telah membuat satu entri menyatakan orang kita langsung tak menghormati negara mereka. Orang kita membuat macam-macam hal semasa lagu kebangsaan Singapura dimainkan serta menunjukkan kertas yang menulis 'Bookie' serta $10. Ini adalah ikutan kes sepakan penalti serta percuma semasa perlawanan pertama di Jalan Besar. 
Jadi kenapa tiba-tiba nak bising selepas tewas pada Harimau Malaya? Hari tu selepas seri langsung mereka tak berbunyi sebab seri. Paling admin tak tahan adalah seorang pembaca yang menggunakan nama 'msiansucks' berlagak seperti dia tu fanatik dan pandai sangat.Dia kata Malaysia tak masuk World Cup tetapi Singapura masuk ke? Pingat sukan ASEAN pun tak menang dan juga Piala AFF Suzuki pun tak boleh capai. 

Gambar 1 - 3 adalah komen mengenai entri tersebut. Gambar seterusnya adalah gambar yang pihak Singapura menyatakan kita tidak menghormati mereka. 


OMG : Pak Cik Ini Menjadi Tumpuan Dalam Bas Kerana ... (Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 07:40 AM PDT

Pak Cik Ini Menjadi Tumpuan Dalam Bas Kerana ...
Nak tahu kenapa? tengok sendiri di bawah ini...


Superb : [Video] Nak Rompak Stesen Minyak? Ni Makan Dia..

Posted: 13 Jun 2012 02:21 AM PDT


Jom tengok video dua orang perompak yang sedang merompak sebuah kedai di stesen minyak. Tetapi mereka tak sangka, mereka menganggap panas hingga ke petang, tetapi hujan di tgh hari.. LOL..


p/s : Best tengok pompuan tu sepak kepala perompak bertubi-tubi.. ni makan dia!! 

Sumber : Here 

Info : Gambar Disebalik Tabir 10 Filem Paling Famous (10 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 01:16 AM PDT

Berikut merupakan gambar-gambar disebalik tabir 10 filem yang paling famous. Dalam filem memang nampak hebat. Tapi bila tengok behind the scene memang tak sangka macam mana filem itu sebenarnya dirakamkan.


Avatar

Jurassic Park

The Avengers

Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark

Ghostbusters

The Matrix

Braveheart

Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back

Godzilla

Titanic
 

p/s : macam tu je rupa Hulk.. haha..

Sumber : Here

Cool : Hana Tajima Dan Kenapa Dia Memilih Fesyen BerHijab Dan Berhijrah Dari Kristian Ke Islam? (10 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 01:13 AM PDT

Hana Tajima Dan Kenapa Dia Memilih Fesyen BerHijab Dan Berhijrah Dari Kristian Ke Islam?
Hana Tajima seorang gadis jelita yang menjadi ikon kebanyakan Muslimah seluruh dunia. Hadir beliau memberikan banyak inspirasi dan dorongan buat wanita Islam untuk berubah penampilan yang lebih mengikut tuntutan Islam. Hana Tajima juga merupakan pengasas brand Maysaa London. Hana juga pereka fesyen untuk Yuna.

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa gadis ini pada awal kehidupannya bukanlah penganut agama Islam, sebaliknya merupakan gadis kacukan Inggeris di sebelah ibunya dan Jepun di sebelah bapanya. Beliau yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga beragama Kristian.

Katanya :
 "Keluarga saya merupakan tulang belakang saya, mereka tidak mempunyai masalah langsung dengan apa yang saya mahu lakukan asalkan perkara tersebut menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik. Mereka tidak sekalipun mempertikaikan keputusan saya. Sehingga kini hubungan saya dengan mereka erat seperti sebelumnya."

Merubah pegangan hidup dan juga prinsip mungkin mudah dilakukan, namun keputusan menukar agama merupakan satu perkara besar yang bukan boleh dipandang enteng. Perubahan besar pasti berlaku, "Saya mula tertarik kepada agama Islam pada tahun 2003. Saya masih ingat ketika itu saya mula berjinak-jinak dan membaca bahan bacaan tentang Islam dan sedari itulah jiwa saya ini meronta-ronta untuk mengenali agama ini dengan lebih mendalam. Sebenarnya kehidupan di kolej banyak mengajar saya" jelas beliau yang hanya belajar setahun sahaja dalam bidang rekaan di Sommerset College of Art & Technology.

"Kehidupan di kolej memberikan tekanan yang hebat, semua terlalu mencuba untuk menjadi lebih moden dan juga merubah pendirian semata-mata supaya diterima dalam kelompok rakan seuniversiti. Ketika itu gaya pemakaian dan juga tahap pergaulan yang bebas amat merimaskan saya. Everything seems not right, dan ketika itu hanya ajaran Islam yang menjadi peneman setia, akhirnya pada tahun 2004 saya bertekad untuk memeluk Islam dan alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T."

Apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka diibaratkan sesuci bayi yang baru lahir, penghijrahan yang dilakukan haruslah sepenuh hati dan secara menyeluruh."Saya memakai hijab pada hari pertama saya melafazkan kalimah syahadah, ketika itu perasaan saya bercampur baur antara sedih, gembira dan kagum."

"Sedih bukan kerana menyesal tetapi menginsafi segala kekhilafan yang berlaku sebelum ini. Untuk menyesuaikan diri, saya mengambil masa hampir dua tahun untuk menjadi selesa berhijab. Perubahan ini memberikan banyak hikmah, diri saya merasa lebih yakin dan hati berasa lebih tenang. Seperti diri ini kurang diperhatikan lelaki dan diri ini tidak terdedah, paling penting saya tahu Allah sememangnya sentiasa berada bersama saya, alhamdulillah."

"Saya pernah mengalami keadaan di mana jiwa ini tercari-cari akan hala tuju, dan saya mendengar kata hati saya untuk mendalami Islam, alhamdulillah mujur saya mengikut kata hati. Itulah sebenarnya yang harus kita lakukan, percayakan kata hati dan nescaya hidup ini akan menjadi lebih baik. Satu perkara lagi, keyakinan diri haruslah tinggi, kerana pada zaman yang serba moden ini pelbagai ranjau dan halangan yang menanti, perubahan ke arah kebaikan juga perlu dilakukan kerana perkara itu akan sedikit sebanyak membina benteng keyakinan diri. Segala perkara ini merupakan cerminan kepada perjalanan kehidupan kita dan walau apa pun yang terjadi kekalkan dengan kepercayaan dan iman kita."

Hana Tajima sememangnya seorang wanita yang layak dijadikan role-model kepada wanita di luar sana. Angin perubahan dalam cara berfesyen yang dibawanya memberikan semangat kepada wanita Muslimah untuk berhijab. Pesan Hana kepada seluruh pembaca, "Apabila berhijrah bukan sahaja daripada luaran, tapi hati juga perlu berhijrah, alhamdulillah mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dari-Nya."
blog Hana Tajima : hana


 via : sini

Serius : Apabila Suntikan Silikon Buntut Tidak Menjadi Untuk Wanita Ini (10 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 12:54 AM PDT

Seorang gadis Vanity Wonder dengan saiz pinggang hanya 23 inci tetapi mempunyai saiz buntut yang lebih besar dari Nicki Minaj iaitu 45 inci. Ini kerana dia telah menggunakan suntikan silikon untuk lima tahun dengan harga mencecah RM45,000. Dia begitu ketagih dengan penggunaan silikon kerana semua ini adalah keinginannya untuk mempunyai badan seperti Kim Kardashian dan Beyonce. Tetapi suntikan ini tidak menjadi seperti diingininya. Keadaan ini telah membuat Vanity kesakitan pada bahagian tersebut yang kadang-kadang dia tak mampu untuk duduk. Kini dia terpaksa mencari seluar yang bersaiz XL untuk muat. Kini dia sedar dengan kesilapannya dan dia ingin tampil untuk memberitahu orang ramai yang suntikan silikon sebegini tidak berguna serta merbahaya. 

Before

After

WTF : [Video] Lelaki Ini 'Period' Seperti Wanita Dalam Kolam Renang?

Posted: 13 Jun 2012 12:34 AM PDT

Lelaki Ini 'Period' Seperti Wanita Dalam Kolam Renang?
Period ke dia ni? Atau itu adalah t....a.....



WTF : Lelaki, Adakah Ini Gadis Pilihan Anda? (4 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 12:26 AM PDT

Lelaki, Adakah Ini Gadis Pilihan Anda?
Pada mulanya admin agak terpikat dengan rupanya sehingga gambar terakhir..#dafuq


 Dia sebenarnya adalah penyanyi lelaki Ukraine, Boris April.
 


Cool : Fallen Star, Rumah Di Hujung Bangunan Atas Universiti California (12 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 12:17 AM PDT

Do Ho Suh telah membuat satu hasil seni yang begitu mantap dipanggil "Fallen Star". Rumah ini akan dibina pada hujung bangunan di Universiti California, San Diego. 

OMg : [Video] Pekerja Tren Ditolak Ke Atas Landasan Di Rusia

Posted: 13 Jun 2012 12:04 AM PDT

Pekerja Tren Ditolak Ke Atas Landasan Di Rusia.
CCTV sempat merakam satu situasi di Metro sekitar St Petersburg, Rusia. Situasi ini melibatkan Yevgeny Borodin tengah bertengkar dengan seorang pekerja Tren. Tiba-tiba Borodin ini menolak gadis tersebut sehingga jatuh ke bawah landasan di mana tren akan tiba tak lama lagi. Seorang penumpang lain yang berdiri sebelah mereka sempat menumbuk Borodin yang kemudiannya lari dari situ. Penumpang tersebut juga menolong gadis tersebut untuk kembali semula ke atas platform.


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment