Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Thursday, June 14, 2012

Aku Stress Giler


Cute : Gadis Penyokong Tegar Yang #Cun Di EURO 2012 Part 1 (12 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 07:50 AM PDT

Gadis Penyokong Tegar Yang #Cun Di EURO 2012 Part 1.


OMG : Kehidupan Sebenar Di Dalam Angkatan Tentera China (7 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 07:38 AM PDT

Kehidupan Sebenar Di Dalam Angkatan Tentera China.
Mungkin di mata orang ramai China, askar ini kebajikan mereka dijaga tetapi sebenarnya ianya bukan seperti yang mereka fikirkan. Mereka didera dan kadang-kadang aktiviti luar mereka menyeksa mereka seperti di dalam gambar di bawah. Mereka boleh membuat sebarang tetapi hanya teruskan latihan seperti biasa.
p/s: jadi anda kena tahu kena gaji pihak pertahanan seringkali dinaikkan. 

 

Serius : Gadis Pinoy Kata Orang Singapura Sangat BerBau (4 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 07:30 AM PDT

Gadis Pinoy Kata Orang Singapura Sangat Bau.
MEreka ini muat naik gambar ke dalam Facebook dan menyatakan orang Singapura sangat bau. Apa komen anda?

Kreatif : Lukisan Medusa Yang Mampu Buat Anda Terpegun (10 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 07:21 AM PDT

Lukisan Medusa Yang Mampu Buat Anda Terpegun.
Lukisan ini dihasilkan oleh Truly Design dan ianya memang menakjubkan. Lukisan ini seperti diedit tetapi segalanya hanya lukisan yang disusun menggunakan teknik anamorphosis. 

Cool : Sweater Untuk Yang Ingin Jadi Pahlawan (5 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 07:06 AM PDT

Sweater Untuk Yang Ingin Jadi Pahlawan.
Memang mantap sweater ini..

WTF : Hadiah Dari Bapa Untuk Anak Yang Menakutkan (12 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 06:59 AM PDT

Hadiah Dari Bapa Untuk Anak Yang Menakutkan.
Bapa ingin memberi sesuatu untuk anak perempuannya tetapi hadiah tersebut menjadi sebaliknya iaitu hadiah yang menakutkan.

Fakta : Top 10 Pembohongan Dalam Percintaan Remaja Masa Kini (Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 06:49 AM PDT

Top 10 Pembohongan Dalam Percintaan Remaja Masa Kini.




Berita : Rahmat Che Hashim Terpilih Berlatih Di Akademi Barcelona

Posted: 14 Jun 2012 06:31 AM PDT


KUALA LUMPUR - Pemain kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan, Rahmat Che Hashim terpilih menyertai tiga pemain lain dari Asia Tenggara untuk berlatih  di akademi belia kelab tersohor di dunia, La Masia.
 
Rahmat, 24, serta Evan Dimeas (Indonesia, pemain tengah), Napapon Sripratheep (Thailand, pemain tengah) dan Muhammad Faris Ramli (Singapura, pemain tengah) adalah antara 100 pemain dari 55 negara yang akan menjalani latihan intensif dan menyertai pertandingan bersama kelab Sepanyol itu Ogos ini.
 
Empat pemain Asia Tenggara itu dipilih melalui kejohanan The Chance Global Finals, yang diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
 
"Sebelum itu, 20 belia dari empat negara di rantau ini memenuhi masa 72 jam sebagai pemain bola sepak profesional untuk beraksi dalam satu perlawanan penting di mana mereka dinilai beberapa jurulatih elit dari seluruh rantau ini," kata pengurus pemasaran Nike Southeast Asia Sanjay Gangopadhyay.
 
Beliau berkata The Chance bertujuan memberi peluang sekali seumur hidup kepada pemain muda bola sepak untuk mencapai cita-cita mereka dan berada di laluan ke arah menjadi pemain bola sepak profesional.

"Empat pemain muda ini kini perlu membuktikan kebolehan mereka pada perlawanan akhir global, setelah menyerlahkan kemampuan mereka di sini pada Perlawanan Akhir Rantau Asia Tenggara," katanya.
 
Rahmat, yang menggantikan seorang daripada lima pemain terbaik Malaysia asal untuk mewakili negara pada perlawanan akhir serantau The Chance di Jakarta, begitu terkejut dan tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
 
"Macam tak percaya kerana ini peluang kali kedua untuk saya sebab saya dipanggil apabila seorang daripada lima pemain Malaysia dipilih menjalani latihan dengan pasukan negara. Memandangkan saya antara pemain paling berusia di sini, ini adalah peluang terakhir saya," kata Rahmat.
 
Pada mulanya, Mohd Raphi Azizan, 16, dipilih mewakili Malaysia pada perlawanan akhir serantau itu, tetapi kebolehannya memikat hati ketua jurulatih bawah 23 tahun Ong Kim Swee, yang juga ketua hakim bagi The Chance Malaysia, dan dipanggil menyertai skuad Harimau Muda untuk sesi percubaan latihan sambil menjelajah pasukan itu ke Slovakia dan China.
 
The Chance, yang merupakan inisiatif Nike Inc, pereka bentuk, pemasar dan pengedar peralatan dan pakaian sukan terkemuka dunia, dilancarkan pada 2010.

Sejak itu, ia membuka laluan kepada penyertaan beribu-ribu pemain bola sepak berbakat dalam permainan di peringkat tertinggi.

Lapan pemain yang dipilih melalui The Chance tahun lepas menjalani latihan sepenuh masa di Nike Academy di Loughborough University, United Kingdom.
 
Tahun ini, 16 pemain terbaik, yang dipilih Nike daripada perlawanan peringkat akhir di seluruh dunia, akan menyertai latihan sambil menjelajah sebagai ganjaran bagi mereka, termasuk bermain menentang beberapa pasukan akademi bola sepak terbaik dunia seperti Manchester United, Juventus dan Pasukan Belia Kebangsaan Amerika dalam penjelajahan selama empat minggu itu.
 
Daripada 16 pemain dalam kumpulan ini, empat akan dipilih untuk menjalani latihan dan bermain dengan Nike Academy, yang kini dalam tahun keempat gandingannya dengan Liga Premier, yang berpusat di United Kingdom.
 
Ini merupakan pusingan akhir jelajah berkenaan. Seorang pemain akan menyertai Nike Academy 2012/13 secara sepenuh masa selama tiga bulan dan bermain dengan pasukan itu untuk mempamerkan bakat mereka kepada kumpulan pemilih dan jurulatih profesional. - Bernama

p/s : Syabas!!

Sumber : here

Cool : [Video] Cara Bunyi Seram Dihasilkan

Posted: 14 Jun 2012 06:10 AM PDT


Inilah cara bagaimana bunyi-bunyi seram dibuat dalam setiap filem. Walaupun tanpa adegan seram, tetapi bunyinya sudah cukup membuatkan bulu-bulu meremang. 


Sumber : Here

Horror : [Video] Kejam! Mayat Digilis Kereta Kebal Di Syria

Posted: 14 Jun 2012 06:01 AM PDT


Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut.

Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim. Menurut sumber Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria, kerugian yang dialami oleh pasukan tentera rejim juga adalah dalam anggaran jumlah yang besar ekoran pertempuran yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Selain itu, jumlah kematian yang tinggi di pihak tentera rejim antaranya berdasarkan faktor semangat juang daripada pihak rakyat awam dan askar yang berpaling tadah yang sama-sama memikul senjata. Mereka ini lebih mengetahui keadaan setempat yang mampu bertahan di pertahanan masing-masing. Tindakan ini menyukarkan pihak askar rejim yang kebanyakannya datang dari luar menyerang kampung halaman mereka.

Menurut sumber itu lagi, jumlah kematian askar rejim yang dicatatkan tidak termasuk ribuan tali barut (syabih) yang berjaya dibunuh oleh rakyat dan tentera bebas.


* Video ni agak panjang.. take your time k.. 

Sumber : Here

Berita : Wayne Rooney Rentung Bersama Nenek Dalam Kebakaran (2 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 01:19 AM PDT


KOTA SAMARAHAN: Seorang nenek dan dua cucu lelakinya ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di ruang tamu tingkat atas rumah mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Rembus, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Uka anak Jenil, 54, bersama cucu lelakinya, Wayne Rooney anak Austin, 4, dan Christino Norado, 6, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan menyayat hati sebaik api dipadamkan.

Menurut suami Uka, Tahir Saban, 57, ketika kejadian dia berada di kedai runcit di bahagian depan rumahnya, manakala isteri dan tiga cucunya tidur di ruang tamu tingkat bawah rumah separuh konkrit itu.

Katanya, Christino mengejutkan neneknya apabila menyedari bahagian atas rumah mereka terbakar serta diselubungi asap.

Menurutnya, selepas mendengar jeritan Christino, Uka terjaga daripada tidur dan bergegas mengambil seorang lagi cucunya, Ryann Ferdinand anak Fedrick, berusia setahun lapan bulan yang tidur dalam buaian.


"Sebaik menyerahkan Ryann kepada saya, dia masuk semula dalam rumah dan naik ke tingkat atas. Tetapi, Rooney dan Christino yang ketika itu sudah berada di luar rumah mengikut neneknya masuk dalam rumah.

"Sebaik menyedari tindakan mereka, saya beberapa kali menjerit menyuruh mereka keluar menyelamatkan diri, tetapi jeritan saya tidak diendahkan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tahir berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan isteri serta dua cucunya kerana ketika itu dia mengendong cucunya yang masih kecil dan api yang marak terlalu cepat.

"Saya tidak tahu apa punca kejadian itu, namun api dipercayai bermula di ruang tamu atas," katanya.

Seorang saksi, Alvin Jessie, 22, yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, dia terkejut apabila melihat api marak dari bahagian atas rumah dan Tahir menggendong cucunya di luar rumah sambil menjerit meminta tolong.

"Saya terkejut dan memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung sebelum menghubungi Balai Bomba Kota Samarahan," katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, api dipadamkan sepenuhnya pada jam 3 petang dan kebakaran itu menyebabkan 40 peratus daripada rumah mangsa musnah terutama di bahagian atas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.
 
p/s : Takziah kepada mangsa.. 

Sumber : Here 



OMG : Cara "Genius" Baiki Tiang Telefon Di China (3 Gambar)

Posted: 14 Jun 2012 01:07 AM PDT


Biar betik? Gambar dikatakan diambil di Guilin, China dimana mereka hanya menggunakan dawai dan tape untuk membaiki tiang telefon yang telah patah. Dapat hold ker? Hohoho.. memang selamat gler la..



p/s : Ntah betol ke tak.. Tapi kalau btol2, memang bahaya gler.. memang "genius". 

Sumber : Here



OMG : Batu Besar Hempap 5 Buah Kereta Di China (6 Gambar)

Posted: 13 Jun 2012 03:04 PM PDT


3 orang cedera dan 5 buah kereta hancur apabila dua biji batu besar bergolek dari lereng bukit. Dua biji batu yang seberat 200 tan dan 100 tan itu borgolek dari bukit akibat hari hujan dan menghempap 5 buah kereta di wilayah Chongqing, China.







p/s : Memang bahaya beb.. 

Sumber : Here




{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment