Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Friday, July 13, 2012

Aku Stress Giler


Serius : Kehidupan Seorang Pelacur Kampung Yang Bernama Ah-V (20 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 08:30 AM PDT


Zhao Tielin  ialah seorang jurugambar dokumentari. Belaiu mengambil gambar pelacur di kawasan kampung di China. Untuk mendapat kepercayaan pelacur-pelacur kampung, Zhou menjadi mula berkawan dengan mereka. Zhou begitu miskin pada waktu itu dan mereka pun mempercayai Zhou untuk mengambil gambar mereka untuk dijadikan dokumentari. Berikut merupakan gambar-gambar yang menceritakan seribu kisah mengenai kehidupan seorang pelacur kampung yang dikenali sebagai  Ah-V. 


Gambar-gambar ini telah menjadi kontroversi pada mulanya ia dikeluarkan kerana ia dikatakan mengganggu privasi pelacur di kampung itu.


Ini ialah Ah-V yang berumur 16 tahun.


Ah-V telah melarikan diri dari kampung asalnya dengan mengikut teman lelakinya yang bernama Xiaowu (28 tahun, dipenjara 2 kali) ke satu daerah baru. Xiaowu ialah lelaki yang bertanggungjawab menjadikan Ah-V seorang pelacur.


Sepanjang menjadi pelacur, sudah tentu, Ah-V pernah mengandung.


Ah-V sangat miskin dan hanya mempunyai sebuah kipas buruk yang dibeli dari kedai barang terpakai dengan harga 10 Yuan (Rm5)


Oleh kerana terlalu miskin, Ah-V terpaksa menjalani penguguran.


Usia kandungan Ah-V sudah mencecah 4 bulan an dia tidak mempunyai wang untuk menggugurkan kandugannya. Setelah berjaya mengumpul sebanyak 300 yuan, dia pun pergi ke klinik kampung untuk mengugurkan kandungannya, tetapi doktor memberitahu bahawa fetusnya telah besar dan memerlukan lebih wang untuk melakukan pengguguran.


Oleh kerana tidak mempunyai duit untuk membayar katil di klinik, Ah-V diletakkan di depan pintu rumahnya.


Ah-V telah menerima banyak suntikan ketika pengguguran dan telah menggunakan banyak duitnya. Ketika berjalan keluar dari klinik dalam keadaan lemah dan sedih, wanita-wanita di kampung tersebut telah mentertawakan Ah-V dan memanggilnya "Perempuan Bodoh".


Ah-V menunjukkan duit palsu yang diterimanya dari pelanggan.


Ketika "bisness" Ah-V berjalan lancar, dia selalu menjemput jiran-jiranya untuk makan malam.


Xiaowu meminta duit dari Ah-V. Xiaowu tidak bekerja malah Ah-V yang menanggung segala perbelanjaan mereka.


Pelanggan tua memberi nasihat kepada Ah-V.


Ah-V memeinta pertolongan rakan pelacur iaitu Ah-Lan untuk memeriksa samada dia dijangkiti penyakit kelamin.


Ini ialah tempat Ah-V bekerja. Jika Ah-V melayan 13 orang pelanggan sehari, dia akan mendapat 380 yuan (RM140). Xiaowu selalu menjaga Ah-V selepas Ah-V keletihan sehingga tidak dapat bangun setelah meleyan ramai pelanggan.


Ah-V selalu dicabul oleh lelaki di kampungnya.


Kadang-kadang Xiaowu memukul Ah-V ketika mereka bergaduh.


Ah-V menunggu pelanggan di depan hotel sambil diperhatikan oleh Xiaowu.


Ah-V menangis setelah gagal mendapatkan pelanggan untuk hari tersebut.

p/s : Begitulah kisah yang diceritakan oleh Zhao menerusi gambar-gambar yang diambil oleh beliau ketika bersama dengan Ah-V. Sungguh menyedihkan..

Sumber : Here

OMG : Ikan Sardin Seberat 24 Tan Tumpah Di Atas Jalan (3 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 07:30 AM PDT


Seorang pemandu trak yang membawa ikan sardin telah menyebabkan jam teruk di highway berdekatan Kolobrzeg, Poland. Pemandu tersebut terlupa untuk menutup pintu blakang trak dan menyebabkan lebih 24 tan ikan sardin tumpah di atas jalan raya tersebut. 

Pengguna jalan raya tersekat beberapa jam oleh kerana proses membersihkan ikan yang berselerak lebih 200 meter di atas jalan tersebut mengambil masa yang agak lama.



Sumber : Here

Serius : Wanita Lahirkan Anak Di Kaki Lima (3 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 05:07 AM PDT


Seorang wanita yang sarat mengandung tidak sempat ke hospital dan melahirkan anak di kaki lima di bandar Guangzhou. Wanita itu yang bersama suaminya dalam perjalanan ke hospital namun tidak sempat apabila wanita itu rebah di tepi jalan dan terus meneran untuk melahirkan anak. 

Suami wanita itu terus panik dan meminta tolong seorang doktor di klinik gigi namun doktor gigi tersebut memberitahu ia bukan dalam bidangnya. Suami wanita itu terus membantu isterinya dan berjaya menyambut kelahiran anaknya di kaki lima tersebut dengan bantuan orang ramai.




Sumber : Here

Artis : Justin Bieber Dan Selena Gomez Bersiar-Siar Di Kuala Lumpur (5 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 04:33 AM PDT


Bieber yang baru sahaja melancarkan album terbarunya yang berjudul "Believe" berada di Malaysia bersempena dengan pelancaran dan promosi album tersebut. Selain itu beliau juga turut membuat persembahan di "MTV Worldstage" yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon.

Sementara itu kecoh di banyak laman web hari ini apabila tersiarnya beberapa keping foto Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez mengunjungi beberapa tempat menarik termasuk pusat membeli belah di ibu negara.

Ada orang kata di Wangsa Walk, malah ada yang mengirimkan foto resit bayaran kad kredit yang ditandatangani Selena sendiri di Sunway Pyramid.





p/s : Aku tak minat Bieber. Tapi awek dia cun. Sekian. 

Sumber : Here

Serius : "Face", Robot Yang Dapat Membuat Pelbagai Ekspresi Muka (4 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 04:16 AM PDT


Saintis dari Universiti Pisa telah berjaya menghasilkan sebuah robot yang dapat membuat ekspresi muka yang paling hampir seperti manusia sebenar setelah 30 tahun penyelidikan. Robot yang diberi nama FACE ini mempunyai 32 motor di bahagian muka untuk meniru pelbagai ekspreri muka manusia. Robot ini dikatakan robot yang paling realistik setakat ini atau paling hampir dengan manusia sebenar.





p/s : Fascinating but creepy!!

Sumber : here

Kreatif : Seni Pada Inti Biskut Oreo (9 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 03:54 AM PDT

Jom kita layan seni yang dihasilkan pada inti biskut Oreo. Memang kreatif siapa yg buat ni. Putar, Jilat, Ukir!!










Sumber : Here

Genius : Sudoku Paling Susah Di Dunia (Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 03:30 AM PDT

Baru-baru ini seorang ahli matematik dari Finland telah menghabiskan waktu selama 3 bulan untuk menghasilkan satu Sudoku yang menurutnya akan menjadi Sudoku paling susah di dunia. Dia juga mendakwa seseorang itu harus menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikannya. Jom sama-sama kita cuba.


p/s : Kalau nak tau jawapan, sila email kami di akustress3@gmail.com. Hehe..

Sumber : Here

Cute : Apabila Ibu Ayam "Mengeram" Anak Kucing (4 Gambar)

Posted: 12 Jul 2012 09:34 PM PDT

Gambar dibawah menunjukkan seekor ibu ayam telah mengeram anak kucing yang comel. Menurut sumber, ibu ayam itu pada mulanya tidak mahu memberikan anak kucing itu apabila ibu kucing itu datang untuk menuntut anaknya kembali. 


Sumber : Here

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment