Powered by Jasper Roberts - Blog

Popular Posts

Aku Stress Giler

Posted by Budak Nakal on Saturday, July 14, 2012

Aku Stress Giler


WTF : Fesyen Pelik, Gaun Untuk Lelaki (7 Gambar)

Posted: 14 Jul 2012 05:04 AM PDT

Berikut merupakan fesyan terbaru untuk lelaki yang diperagakan pada Australia Fashion Week baru-baru ni. one word.. WTF?? 








p/s : Ape kejadahnye nih? 

Sumber : Here

Info : Gaya Rambut Yang Membezakan Status Perkahwinan Di Korea Utara (7 Gambar)

Posted: 14 Jul 2012 03:50 AM PDT


Kementerian Penyatuan Korea Utara hari ini telah mendedahkan gaya rambut yang ditawarkan kepada kaum wanita Korea Utara blog post terkini di laman webnya.

Siri gambar ini menunjukkan keindahan peranan dan gaya penampilan peribadi dalam kehidupan wanita Korea Utara dengan menonjolkan perbezaan gaya rambut untuk wanita yang belum berkahwin dan wanita yang sudah berkahwin.

Selain itu, wanita Korea Utara juga akan mengenakan gaya rambut yang berbeza itu apabila mengenakan pakaian tradisional masyarakat Korea Utara iaitu Choson berbanding apabila mereka mengenakan pakaian ala-Barat.

Dengan pakaian tradisional, wanita Korea Utara akan memilih untuk mempunyai gaya rambut yang lurus dan updo, manakala dengan pakaian ala-Barat, mereka akan memperagakannya dengan gaya rambut yang mengerbang, kerinting serta pelbagai gaya yang lain.

Golongan wanita yang belum berkahwin akan memakai jalinan pita pada rambut mereka atau memisahkan rambut kepada 2 bahagian dan mengikatnya seperti tocang.

Malah, terdapat satu pertandingan kecantikkan untuk mengiktiraf salon kecantikkan terbaik di Pyongyang.







Sumber : Here

Cool : Terkini! Proton Akan Keluarkan Preve Sapphire? (10 Gambar)

Posted: 14 Jul 2012 12:59 AM PDT


Jika diperhatikan sekali imbas, ada gaya mewah dan tampak sporty. Ramai yang mengatakan bahawa Preve Sapphire ialah bayangan kepada Proton Preve Special Edition (SE) yang mungkin akan dikeluarkan di masa akan datang. Saksikan beberapa keping gambar Proton Preve Sapphire










p/s : Cun gak.. Aku harapkan minyak pun bertambah jimat n power window tak rosak.. tu jer..

Sumber : Here

OMG : 29 Orang Kanibal Ditangkap Di Papua New Guinea (Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 10:13 PM PDT


Canberra – Seramai 29 orang telah ditangkap di hutan Papua New Guinea selepas mereka didakwa membunuh tujuh orang yang disyaki sebagai bomoh ahli sihir sebelum anggota badan mangsa dimakan, minggu lalu. 

Hanya mayat empat daripada tujuh mangsa berjaya ditemui, yang lain, kemungkinan besar telah dimakan. Menurut pesuruhjaya polis Madang, Anthony Wagambie, otak mangsa dimakan secara mentah manakala buah zakar mereka dimasak sup.

"Mereka tidak rasa perbuatan mereka itu salah malah mereka membuat pengakuan secara terbuka,'' katanya.

Wagambie berkata, suspek mendakwa mangsa mengamalkan `sanguma' atau sihir dan mangsa dikatakan mengugut penduduk miskin supaya menyerahkan wang atau seks di atas khidmat yang mereka sediakan.

Justeru dengan makan organ bomoh terbabit, suspek percaya mereka akan menjadi kebal dan tidak tembus peluru. Kesemua suspek termasuk wanita itu telah didakwa melakukan pembunuhan dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati.

Lebih banyak saksi akan dipanggil memberikan keterangan sebelum polis mengaitkan mereka dengan tuduhan kanibalism. Wagambie percaya, terdapat antara 700 hingga 1,000 anggota kumpulan berkenaan di beberapa kawasan pedalaman di Papua New Guinea dan kesemua mereka berkemungkinan makan daging manusia.

Kanibalism pernah menjadi amalan penduduk di kawasan pedalaman Papua New Guinea, di mana daging manusia dikenali sebagai `babi panjang'. Wagambie, berkata, polis dijangka menahan 100 orang lagi berhubung jenayah berkenaan.

p/s : Gila... ade lagi orang kanibal ni yer.. 

Sumber : here


Berita : Gurauan Bodoh Yang Membawa Padah (Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 10:08 PM PDT


China – Gara-gara bergurau tidak kena tempat, seorang budak lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas dua lelaki memasukkan pam angin yang digunakan di bengkel baiki kenderaan, ke dalam duburnya.

Akibat perbuatan bodoh, Du Chuanwang, dari Shandong cedera parah termasuk mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organnya berfungsi. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika remaja berkenaan sedang membantu mekanik membaiki kereta di sebuah bengkel.

Menurut doktor, tekanan udara di bahagian abdomen amat kuat menyebabkan kaki Du bertukar menjadi biru.

"Kami terpaksa membelah perutnya untuk mengeluarkan gas tersebut dan selain itu usus kecilnya juga mengalami pendarahan teruk,'' kata doktor. Kecederaan parah itu juga menyebabkan Du koma selama seminggu .

Dua lelaki tersebut telah ditangkap dan mereka mendakwa perbuatan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada gurauan. Mereka mendakwa memasukkan pam itu ke dalam lubang dubur Du selepas dia ditolak ke tanah.

Sementara itu, Du kini dipindahkan daripada unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Shangdong ke Hospital Kanak-Kanak di Beijing. Biarpun keadaan Du kini stabil namun usus kecilnya, paru-paru dan hidungnya dijangkiti bakteria yang teruk manakala gegendang telinganya juga cedera parah.

Du dihantar bekerja di bengkel tersebut selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu. Memandangkan pemilik bengkel itu merupakan rakan keluarganya, maka dia diharapkan dapat membimbing Du biarpun Du tidak dibayar gaji, hanya diberikan pakaian dan makanan.

Bagaimanapun kemiskinan yang melanda keluarga Du menyebabkan mereka tidak mampu membayar kos rawatan yang setakat ini berjumlah 100,000 yuan. Namun mujurlah ada kumpulan NGO yang sedia membantu selain persetujuan daripada pemilik bengkel itu untuk menanggung 60 peratus kos perubatan remaja malang tersebut.

p/s : Bergurau pun agak-agak la.. gila btol.. 

Sumber : Here



Serius : [Video] Adegan Tetak-Menetak Di Tumpat, Kelantan

Posted: 13 Jul 2012 09:46 PM PDT


Menurut description dekat video, Kejadian ni dikatakan berlaku di Pasir Pekan, daerah Tumpat, Kelantan. Jom kita lihat video kat bawah nih. 1 lawan 4. Punca sebenar kejadian tidak dapat diketahui. 


p/s : Boleh tahan gak yang pakai helmet tu. brani lawan 4 orang. tapi tetap tak dapat celen.. ish3..  

*siapa yang kaitkan dengan politik mereka ialah bodoh lagi bahlol. 

Sumber : here




WTF : Barang-Barang Tiruan @ Ciplak Di Seluruh Dunia (15 Gambar)

Posted: 13 Jul 2012 09:34 PM PDT

Mungkin dah banyak post yang pasal logo tiruan nih. Tapi nak share jugak. Mungkin ada yang korang belum tengok kan.. Layan jer la..

















p/s : Macam aper jer.. Hehe..

Sumber : Here

OMG : [Video] Apabila Petir Menyambar Ketika Perlawanan Bola Sepak

Posted: 13 Jul 2012 09:19 PM PDT


Jom tengok video yang menunjukkan petir menyambar ketika perlawanan bola sepak sedang berlangsung. Perhatikan betul-betul corner flag berasap ketika petir tu menyambar. Arus elektrik meresap ke dalam tanah secara mengejut dan menyebabkan beberapa player terkena renjatan hingga ke otak.Pandai-pandai je aku tulis. Ntah betul ke tak teori aku nih. 


p/s : Orang tua pesan, main bola la sampai kne panah petir. ayat sarcastic orang2 tua.. 

Sumber : Here



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment